SARAH duduk di kandang tertuduh ketika perbicaraan berlangsung. Gambar kanan, Kato. - Agensi
SARAH duduk di kandang tertuduh ketika perbicaraan berlangsung. Gambar kanan, Kato. - Agensi
Agensi

Kampala, Uganda: Seorang lelaki yang buta sebelah mata akibat disimbah asid oleh isterinya memohon sebuah mahkamah di sini mengenakan hukuman sama terhadap wanita itu.

Siraje Kato, 24, yang memberi keterangan di mahkamah memberitahu isterinya, Sarah Kyarikunda pada Mac lalu cuba membunuhnya dengan menyimbah asid padanya.

Serangan itu menyebabkan Kato buta mata kanan dan mengalami kecederaan serius pada kepala serta badan.

Kato yang hadir ke mahkamah dengan badan masih berbalut berkata, isterinya mahu membunuhnya selepas mereka bertengkar.

Sarah melakukan serangan itu bersama seorang rakannya yang kini masih diburu polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 3:35 AM