ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
Nur Izzati Izzah Nadzi


TANGAN kanan pekerja wanita hampir hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging di Taman Sentosa, Klang, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, Muhammad Yatim Noor Mohd berkata, kejadian 6.30 petang itu berlaku ketika wanita warga Indonesia dikenali sebagai Fara sedang mengisar daging menggunakan mesin berkenaan.

"Lima anggota berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin pengisar daging itu," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa pada 6.40 petang.

"Mangsa ditenangkan oleh rakan sekerja dan diberikan rawatan oleh paramedik sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 2:32 PM