ADI Priyo Sambodo. FOTO Saifullizan Tamadi
ADI Priyo Sambodo. FOTO Saifullizan Tamadi
Ridzuan Abdul Rahman


Sama ada kumpulan 6ixth Sense mahupun Manusia Putih, penyanyinya tetap individu yang sama iaitu Adi Priyo Sambodo atau lebih dikenali sebagai Adi.

Penyanyi berasal dari Jember, Indonesia itu belum lagi mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta, Tanpa dan Menyesal itu, sebaliknya mahu mencari dimensi baru dalam karier seninya yang diterima baik peminat.

“6ixth Sense masih wujud dengan anggota yang sama iaitu saya, Athan (gitar), Gjie (gitar), Ayoy (bass) dan Wan (dram).

“Kami akan tampil dengan single khas Aidilfitri berjudul Salam Perantauan. Ini kali pertama 6ixth Sense menghasilkan lagu hari raya kerana belum pernah berbuat demikian sebelum ini,” katanya.

Mereka pernah tampil dengan single Selamat Tinggal Cinta pada tahun lalu dan terbaru, lagu ini terpilih sebagai tema drama bersiri Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosdi yang mula disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 22 Mei.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 3:57 AM