UJIAN swab dijalan ke atas seorang pekerja di Lapangan Terbang Manchester, England. FOTO AFP
UJIAN swab dijalan ke atas seorang pekerja di Lapangan Terbang Manchester, England. FOTO AFP
AFP

Paris: Berikut adalah ringkasan perkembangan Covid-19 di seluruh dunia:

• Bekas Presiden Perancis, Valery Giscard d'Estaing meninggal dunia pada usia 94 tahun akibat Covid-19.

• Jumlah kematian di Amerika Syarikat (AS) catat angka harian tertinggi sebanyak 2,700 dengan jumlah yang dimasukkan ke hospital melebihi 100,000 buat pertama kalinya.

• AS berharap dapat memberikan imunisasi kepada 100 juta individu menjelang akhir Februari dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, kakitangan perubatan dan barisan hadapan.

• Itali menyekat perjalanan dalam negara bermula 21 Disember hingga 6 Januari 2021 di mana rakyatnya tidak dibenarkan keluar dari bandar masing-masing pada 25 dan 26 Disember serta 1 Januari 2021.

• Iran mencatatkan 1,003,490 jangkitan sejak kes pertama dikesan Februari lalu.

PENDUDUK di Tehran melakukan aktiviti harian.
PENDUDUK di Tehran melakukan aktiviti harian.

• Jerman akan terus menutup bar, restoran serta lokasi sukan dan kebudayaan sehingga 10 Januari tahun depan.

• England membenarkan 2,000 penonton hadir di stadium untuk perlawanan bola sepak, yang pertama selepas tempoh sekatan pergerakan empat minggu berakhir.

• Satu kajian utama mendapati bahawa perubahan iklim menjadikan pandemik di masa depan berkemungkinan muncul sebagai gabungan maut iaitu suhu panas, pencemaran udara dan pertanian intensif untuk menghasilkan jangkaan kesihatan awam terburuk bagi generasi akan datang.

• Kumpulan negara pengeluar minyak bertemu untuk mencapai persetujuan bagi mengurangkan pengeluaran dalam beberapa bulan akan datang kerana permintaan menurun akibat pandemik.

• Sebuah kilang bir di Wuhan memperingati hari-hari awal virus dengan menghasilkan bir yang dipanggil "Wuhan Jia Ha Zi You", atau "Wuhan Tetap Kuat".

KILANG bir di Wuhan menghasilkan bir khas.
KILANG bir di Wuhan menghasilkan bir khas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 9:59 PM