REAKSI Djokovic selepas menewaskan Zverev. FOTO AFP
REAKSI Djokovic selepas menewaskan Zverev. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Juara lapan kali, Novak Djokovic menghempaskan raket dalam aksi sengit empat set sebelum menewaskan pemain Jerman, Alexander Zverev untuk mara ke separuh akhir Grand Slam ke-39nya di Terbuka Australia sebentar tadi.

Ia persembahan kurang mantap daripada pemain nombor satu dunia yang masih belum pulih sepenuhnya kecederaan perut dan menggunakan kekuatan mental untuk menang 6-7 (6/8), 6-2, 6-4, 7-6 (8/6).

Djokovic menjadi pemain pilihan untuk mara ke final pada Ahad ini apabila perlu melepasi cabaran pemain kelayakan dari Russia, Aslan Karatsev yang menewaskan pemain Bulgaria yang tercedera Grigor Dimitrov dengan keputusan 2-6, 6-4, 6-1, 6-2.

Bintang Serbia itu dalam landasan tepat untuk mencipta rekod sembilan gelaran Terbuka Australia dan 18 trofi Grand Slam, ketinggalan di belakang Roger Federer dan Rafael Nadal, masing-masing dengan 20 gelaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 10:28 PM