JOSHUA (kiri) dan Fury bakal tentukan raja heavyweight sebenar. FOTO Agensi
JOSHUA (kiri) dan Fury bakal tentukan raja heavyweight sebenar. FOTO Agensi
Agensi

London: Pertarungan gelaran heavyweight membabitkan Anthony Joshua dan Tyson Fury dijangka berlangsung Jun depan, menurut promoter, Eddie Hearn.

Pertarungan Battle of Britain itu memasuki rundingan peringkat akhir dengan kedua-dua pihak yakin perjanjian dapat dicapai.

Aksi kedua-dua jaguh itu mungkin dapat disaksikan pada musim panas selepas Hearn mendedahkan pertarungan terbesar dalam sejarah tinju Britain itu bakal berlangsung empat bulan lagi.

Hearn berkata kepada told iFL TV: "Saya harap kami dapat muktamadkan kontrak dalam masa dua minggu lagi.

"Selepas itu perancangan seterusnya ialah keluar dan mula berunding dengan pelbagai pihak "Kemudian mencari venue dan tarikhnya.

"Bagaimanapun, tidak banyak perlu diselesaikan. Kami dalam situasi yang bagus dan kami percaya kontrak akan diselesaikan beberapa minggu lagi. Saya yakin pertarungan ini akan berlangsung pada Jun.''

Pertarungan Joshua dan Fury akan diumumkan dalam dua peringkat dengan pengumuman pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan terma perjanjian.

Hearn berkata: "Kami mahu pastikan sudah memiliki kontrak pada masanya dan laluan menuju pertarungan, seterusnya dapat umumkan dalam masa beberapa minggu, 'pertarungan ini telah ditandatangani.'

"Biar saya jelaskan, ini adalah pertarungan terbesar dalam sejarah tinju Britain dan mungkin juga yang terbesar dalam sejarah heavyweight sepanjang zaman.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 1:59 PM