De Rhu Beach Resort

BERBUKA puasa di De Rhu Beach Resort Kuantan menjadi lebih bermakna apabila pengunjung berpeluang menikmati hidangan pakej Iftar Ramadan Asia Rasa yang disediakan tukang masak profesional mereka.

Resipi Chef Ammar Al Ali yang diturunkan terus kepada empat tukang masak tempatan di resort berkenaan menambahkan keistimewaan hidangan Timur Tengah termasuk kambing sujud yang pastinya mendapat permintaan pengunjung.

Setiap hari sepanjang Ramadan tahun ini De Rhu Beach Resort menyediakan lima jenis nasi arab seperti nasi mandi, nasi quzi, nasi braini arab dan nasi kabsa yang dimakan dengan kambing sujud serta kari kambing.


Turut menjadi pilihan pengunjung ialah pelbagai lagi hidangan tempatan seperti nasi putih, ayam kerutup, daging massaman, gulai babal padang, sup, kebab shawarma, mee bakso, ayam herba, ikan bakar dan satay.

Secara keseluruhan sebanyak 200 masakan negara Asia disediakan sepanjang Ramadan oleh De Rhu Beach Resort yang sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan yang inginkan hidang istimewa dan menyelerakan setiap kali berbuka puasa.


Selain kurma lebih menarik lagi setiap hari sebanyak 20 jenis pelbagi kuih tempatan seperti karipap, buah melaka, kek kurma, puding, bubur kacang, bubur lambuk dan bubur pulut hitam disediakan kepada mereka ingin berbuka dengan hidangan ringan terlebih dahulu.

Bahagian dapur De Rhu Beach Resort turut menyediakan hidangan pembasuh mulut tempatan dan timur tengah seperti Um Ali yang menggunakan resepi Chef Amar dan turut disediakan pelbagai buah-buahan.


Menu hidangan yang disediakan berlainan setiap hari selama lima hari, pelanggan pasti berpuas hati dengan hidangan istimewa yang hanya muncul setiap kali Ramadan sahaja.

Berbuka puasa bersama rakan dan keluarga Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna dan menyelerakan apabila menikmati hidangan istimewa Asia yang hanya ada De Rhu Beach Resort sahaja.


Sekali berbuka di resort berkenaan pelanggan pasti ingin datang lagi disebabkan keenakan makanan disediakan selain layanan terbaik diberikan pekerjanya yang terlatih dan berpengalaman luas.

Untuk berbuka puasa di De Rhu Beach Resort pelanggan hanya perlu membayar RM39 bagi kanak-kanak dan RM69 bagi dewasa.

Mereka boleh membuat tempahan dengan menghubungi di talian 09 557 9000 atau layari www.derhu.com.my atau Facebook De Rhu Beach Resort Kuantan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 11:02 AM