Furama Bukit Bintang

BUKA puasa dengan makanan laut yang dibakar di depan kolam renang? Itulah kelainan ditampilkan Furama Bukit Bintang untuk Bufet Ramadan kali ini dengan tema BBQ Ramadan.

Pelbagai pilihan seperti udang, sotong, kepah, siput buluh, ikan salmon dan ikan pari yang dibakar langsung dari pemanggang di luar Restoran Spices di tingkat 3 yang juga menempatkan kolam renang, pasti membangkitkan selera.

Tidak ketinggalan, kambing bakar bersama pilihan sos Rosemary, Mint dan Black Pepper.


Selain itu, Cef Eksekutif Furama, Salsabil bersama pasukannya menyediakan pelbagai juadah yang memenuhi cita rasa pelanggan semua peringkat usia. Ada empat set menu disediakan yang bertukar ganti.

Antaranya pelbagai pilihan kerabu seperti kerabu sotong, perut, kaki ayam dan pucuk paku, Aneka Sambal, Aneka Ulam, aneka keropok, aneka mi dan aneka buah-buahan.


Hidangan utama pula ialah Nasi Kabuli, Nasi Minyak, Ayam Panggang Percik, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Tok Malai, Daging Masak Hitam Mamak, Asam Pedas Siam Siakap, Sambal udang serta pelbagai sayur.

Sambil menjamu selera, nikmati alunan lagu-lagu persembahan live band bermula 10 Mei hingga 2 Jun antara 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Semua ini hanya RM104 untuk dewasa dan RM52 untuk kanak-kanak usia 5-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas. Jika pembelian awal sebelum 10 Mei hanya RM70. Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi 03-27888983.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2019 @ 2:50 PM