KEMPEN ‘Shaping the Future of Surgery’ sasar tingkat kesedaran orang ramai tentang kebaikan pembedahan robotik.
KEMPEN ‘Shaping the Future of Surgery’ sasar tingkat kesedaran orang ramai tentang kebaikan pembedahan robotik.
Hartini Mohd Nawi


Menerusi kemajuan dalam teknologi perubatan, kita beralih daripada pembedahan tradisional kepada pembedahan moden yang dapat memberi kualiti pemulihan lebih baik untuk pesakit.

Inovasi ini melengkapkan pakar bedah dengan set kemahiran baharu seperti kemahiran menggunakan mesin pembedahan canggih, pendekatan lebih baik dalam perancangan pembedahan dan keupayaan melakukan prosedur kompleks dengan hirisan yang lebih kecil.

Antara inovasi terkini dalam bidang perubatan ialah pembedahan robotik di mana pakar bedah dibantu robot untuk menjalankan pembedahan dengan ketepatan dan ketepatan tiada tandingan.

Terbaharu, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan kempen 'Shaping the Future of Surgery.'

Memandangkan ramai mengaitkan pembedahan dengan masa pemulihan yang panjang dan prosedur yang menyakitkan, SMCV berhasrat memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai berkenaan bagaimana teknologi penjagaan kesihatan yang dipertingkatkan ini boleh memberi manfaat kepada kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Menurut Perunding Urologi SMCV, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam, ada pelbagai kebimbangan mengenai prosedur invasif dan ketakutan ini bukan tidak berasas kerana terdapat banyak ketidakpastian datang bersama-sama dengan mana-mana prosedur.

"Namun, menerusi gabungan teknologi dan kemahiran yang betul, pesakit akan dapat kembali ke rutin harian mereka secepat mungkin.

"Itulah sebabnya kami perkenalkan kempen ini untuk menangani kebimbangan mereka dan memberi mereka jaminan serta ketenangan fikiran," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan Kumpulan Perubatan Sunway, Dr Khoo Chow Huat pula berkata, seiring kemajuan teknologi penjagaan kesihatan, kemunculan pembedahan robotik mengubah prosedur pembedahan dan menawarkan hasil lebih baik untuk pakar bedah dan pesakit.

"Kemajuan ini membolehkan kami memenuhi keperluan kesihatan masyarakat dengan lebih baik

dari semasa ke semasa.

ORANG ramai berpeluang merasai sendiri kaedah pembedahan menerusi simulasi VR.
ORANG ramai berpeluang merasai sendiri kaedah pembedahan menerusi simulasi VR.

KEMPEN dijalankan sehingga 30 Jun ini.
KEMPEN dijalankan sehingga 30 Jun ini.

"Selama 25 tahun yang lalu, Kumpulan Perubatan Sunway berada di barisan hadapan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia dan berusaha ke arah meningkatkan kehidupan mereka yang mempercayai kumpulan ini untuk menyampaikan penjagaan pesakit, rawatan serta hasil klinikal yang berkualiti tinggi," katanya.

Pembedahan robotik memperkenalkan keupayaan pergerakan lebih besar, membolehkan pakar bedah melakukan hirisan dengan ketepatan lebih tinggi seterusnya boleh memberi parut minimum.

Ini membawa kepada tempoh hospitalisasi lebih pendek seterusnya membantu dengan pengalaman

pemulihan lebih ideal.

Kebimbangan utama pesakit mengenai pembedahan ialah tempoh masa diperlukan untuk tempoh hospitalisasi serta tempoh pemulihan diperlukan sebelum mereka boleh kembali semula kepada rutin biasa mereka.

Untuk menangani kebimbangan ini, di acara pelancaran kempen itu, orang ramai berpeluang merasai sendiri bagaimana pembedahan konvensional, pembedahan lubang kunci dan pembedahan robotik dijalankan melalui simulasi realiti maya (VR) untuk lebih memahami cara setiap pembedahan yang berbeza dijalankan.

Pengalaman ini akan membolehkan orang ramai mengetahui cara pakar bedah melakukan setiap pembedahan, seterusnya dapat membantu mengurangkan mereka untuk menjalani sebarang prosedur invasif.

Pengalaman VR 'Shaping the Future of Surgery' kini dibuka kepada orang ramai sehingga 30 Jun ini sekali gus memberikan peluang kepada orang ramai untuk meneroka dan memahami kemajuan inovatif ini dalam bidang pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 6:47 AM