MINUMAN Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf dengan tiga jenis probiotik.
MINUMAN Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf dengan tiga jenis probiotik.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada hos apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Turut dikenali sebagai 'bakteria baik', probiotik membantu menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik untuk menangkis kesan negatif berkaitan kesihatan yang disebabkan olehnya sambil menambah bakteria baik bagi meningkatkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu, pengekalan bakteria usus yang seimbang perlu diamalkan setiap hari untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, Liew Yen Lee berkata, 70 peratus daripada imuniti badan tertumpu dalam usus kita yang sentiasa terdedah kepada 'musuh' luaran seperti bakteria, virus dan bahan asing yang lain.

Justeru, adalah sangat penting untuk memiliki persekitaran usus yang baik demi menyokong sistem pertahanan badan yang kuat selain kita perlu bersedia mengelakkan sebarang jangkitan.

"Apabila kita jatuh sakit, bakteria yang tidak baik mengambil peluang untuk membiak dalam badan kita.

"Pengambilan probiotik secara kerap membantu meningkatkan fungsi usus dan memastikan bakteria yang baik dalam usus kita berada di tahap yang sihat supaya badan dapat mewujudkan semula keseimbangan semula jadi dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan normal," katanya.

Dalam usaha menyokong kebaikan usus yang sihat bagi pengguna Malaysia, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Fonterra bekerjasama dengan pakar probiotik terkemuka daripada Chr. Hansen untuk menghasilkan Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf.

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, Megawati Suzari menjelaskan kebaikan daripada tiga jenis probiotik yang digunakan dalam minuman susu kultur ini disokong sains dan dikaji dengan teliti dalam banyak kajian saintifik, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Katanya, sebagai jenama keluarga, Fonterra berusaha untuk menyokong fungsi usus bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila usus anda berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja membantu mengekalkan sistem pertahanan badan yang baik, tetapi juga menggalakkan pergerakan usus yang teratur, penghadaman dan penyerapan nutrien yang berkesan.

"Atas sebab itu, Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf dengan tiga jenis probiotik ini menawarkan cara mudah dan berpatutan untuk membantu menambah bakteria yang baik dalam usus.

"Sokongan sistem pertahanan badan adalah sangat penting terutama dengan peningkatan pelbagai penyakit, dengan yang terkini seperti Covid-19.

"Walaupun kita sudah melangkah ke fasa endemik dan Covid-19 tidak lagi mengancam nyawa berkat daripada kemajuan dalam teknologi perubatan, kami berharap rakyat Malaysia akan terus memantau kesihatan mereka kerana kesihatan yang baik membantu kita menikmati kualiti hidup yang lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 11:43 AM