BAHAN kimia BPA terdapat dalam botol minuman dan bekas makanan plastik.
BAHAN kimia BPA terdapat dalam botol minuman dan bekas makanan plastik.
Nor 'Asyikin Mat Hayin


MUNGKIN ramai pernah mendengar banyak dakwaan sesetengah makanan bertoksik.

Namun kebanyakan dakwaan itu tidak disokong bukti sains.

Ini kerana, ada beberapa bahan mungkin merbahaya jika mengambilnya dalam jumlah yang banyak.

Antara toksik dalam makanan yang menjadi perhatian dunia:

1- Bisphenol A (BPA)

Bahan kimia BPA banyak digunakan dalam penghasilan botol minuman dan bekas makanan plastik.

Banyak kajian mendapati bahawa BPA boleh meresap ke dalam makanan dan minuman.

Bahan kimia ini boleh mengganggu fungsi hormon estrogen.

Kajian dilakukan ke atas haiwan bunting mendapati, pendedahan BPA boleh memberi masalah kepada sistem pembiakan dan meningkatkan risiko barah payudara serta prostat.

2- Lemak trans tiruan

Kajian berulang kali terhadap haiwan menunjukkan penggunaan lemak trans menyebabkan keradangan dan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung.

Atas sebab ini, penggunaan lemak trans tiruan dilarang sepenuhnya di Amerika Syarikat sejak Januari 2020.

Sesetengah makanan berasaskan haiwan mengandungi beberapa lemak trans semula jadi, tetapi tidak memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.

3- Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs)

PAHs dianggap sebagai pencemar alam sekitar. Ia wujud daripada bahan organik terbakar yang juga terdapat dalam makanan.

Apabila daging dipanggang pada suhu tinggi, lemak menitis ke atas api lalu menghasilkan PAHs yang boleh meresap ke dalam daging.

Daging salai atau panggang adalah salah satu daripada sumber utama PAHs dalam makanan.

Malah PAHs juga terdapat dalam banyak jenis makanan proses.

Penyelidik mendapati, PAHs adalah toksik dan dikaitkan dengan peningkatan risiko barah payudara, buah pinggang, usus dan prostat.

4-Gula tambahan

Gula tambahan sering dirujuk sebagai sifar kalori.

Bagaimanapun, kesan bahaya gula tambahan adalah sangat tinggi.

Gula tinggi fruktosa seperti sirap jagung fruktosa tinggi secara berlebihan dikaitkan dengan penyakit seperti obesiti, kencing manis jenis dua, sindrom metabolik, penyakit hati berlemak dan barah.

Makanan ini mempunyai sifat ketagihan yang menyukarkan ramai orang untuk mengawal pengambilan makanan berkenaan.

Bagi mengurangkan pengambilan gula tambahan, hendaklah mengehadkan makanan manis seperti jus buah-buahan, makanan ringan dan pencuci mulut.

IKAN besar tinggi kandungan merkuri.
IKAN besar tinggi kandungan merkuri.

5-Merkuri dalam ikan

Ikan adalah protein haiwan sangat sihat. Tetapi sebahagian jenis ikan laut dalam boleh mengandungi tinggi merkuri iaitu toksin.

Tumbuhan di perairan yang dicemari merkuri dimakan ikan kecil, kemudian ikan kecil dimakan ikan besar.

Lama kelamaan merkuri terkumpul dalam badan ikan lebih besar yang akhirnya dimakan manusia.

Merkuri adalah neurotoksin yang boleh merosakkan otak dan saraf.

Untuk mengehadkan pendedahan merkuri, boleh pilih ikan bersaiz kecil sebagai sumber protein.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 6:31 AM