KEHIDUPAN lebih bermakna apabila mood baik. - FOTO Google
KEHIDUPAN lebih bermakna apabila mood baik. - FOTO Google
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


MENAIKKAN mood dan menjadikan diri berasa lebih positif adalah perkara menakjubkan yang boleh dilakukan, walaupun ketika melalui kehidupan agak sukar.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan untuk menaikkan mood ialah menyanyi atau menonton rancangan komedi.

Bagi mereka yang berasa kesunyian, disarankan meluangkan masa dengan orang lain seperti anak atau haiwan.

Ia boleh membantu membawa kembali 'cahaya' dalam kehidupan.

Tip untuk menaikkan mood dan menjadi individu lebih positif:

1.Bangun awal

  • Menetapkan penggera jam awal 15 minit daripada waktu kebiasaan bangun tidur.

    Masa tambahan ini membolehkan individu menjalani hari lebih teratur dan produktif.

    2. Membuatkan rakan tersenyum

  • Ini adalah perkara yang menakjubkan untuk meningkatkan hari anda.

    Antara caranya ialah menghantar video lucu atau menghantar mesej untuk bertanyakan khabar mereka.

    3. Mengemas rumah

  • Rumah yang bersih dan teratur, membuatkan fikiran tenang.

    Luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit setiap hari untuk mengemas rumah. Aktiviti ini juga salah satu terapi mental.

    4. Menulis diari

  • Menulis membantu anda memproses emosi dan perasaan sendiri.

    Tetapkan masa setiap hari untuk menulis dan anda akan berasa emosi lebih baik.

    5. Senyum dengan orang sekeliling

  • Jangan meremehkan kuasa senyuman.

    Ia tidak memerlukan sebarang bayaran, tetapi 'kuasanya' boleh membuatkan anda gembira.

    6. Berjalan kaki

  • Sekiranya berasa tertekan dan bimbang, berjalan di luar rumah boleh meningkatkan mood yang lebih baik serta tenang.

    7. Melihat gambar lama

  • Melihat gambar lama boleh meningkatkan mood pada tahap yang baik.

    Gambar ini membawa anda kembali ke memori lama dan berasa nostalgia.

    8. Menyalakan lilin

  • Menyalakan lilin aromaterapi boleh mencipta suasana menenangkan, mengurangkan tekanan dan kualiti tidur lebih baik.

    9. Makan sekurang-kurangnya satu hidangan sihat

  • Pengambilan diet sihat dan kaya dengan nutrien dapat merangsang 'mood' yang positif, sekali gus dapat menangani tekanan.

    10. Pastikan tidur mencukupi

  • Setiap orang memerlukan tidur mencukupi iaitu antara enam hingga lapan jam sehari.

    Tidur mencukupi menjadikan badan rasa lebih segar dan bertenaga.

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 6:43 AM