Pakar Pengurusan Kesakitan dan Anestesia Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr. Gopinathan Raju
Pakar Pengurusan Kesakitan dan Anestesia Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr. Gopinathan Raju
Muhamad Shaifullah Tayep

KES jangkitan Covid-19 dilihat meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas kemunculan varian Omicron.

Setakat 16 Mac, 78.8 peratus11 populasi telah divaksin sepenuhnya dan 97.5 peratus populasi dewasa telah menerima vaksin Covid-191.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia digesa agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, memupuk tanggungjawab sosial, serta memberi lebih tumpuan terhadap penjagaan diri berbanding sebelum ini.

Pakar Pengurusan Kesakitan dan Anestesia, Dr Gopinathan Raju berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan gaya hidup yang baik dan sihat bagi mengelak daripada dijangkiti virus Covid-19.

Katanya, melakukan senaman berimpak rendah secara kerap, misalnya dapat menguatkan sistem kardiovaskular apabila jantung mula mengepam laju, paru-paru dan otot berfungsi serta darah mengalir lancar12.

"Kurangkan merokok yang boleh merosakkan paru-paru dan mengambil minuman keras yang boleh menjejaskan jantung2.

"Amalkan diet seimbang secara secara sederhana, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam dan lemak tepu2.

"Pastikan badan rehat secukupnya kerana kurang tidur dan stres boleh meningkatkan tekanan darah dan hipertensi, seterusnya menjejaskan sistem imun kita dan mempengaruhi keupaayan badan kita untuk pulih," katanya kepada Harian Metro.

Dr Gopinathan berkata, paling penting untuk memakai pelitup muka, mengelakkan daripada berjabat tangan atau bersentuhan dan mendapatkan rawatan segera jika mempunyai gejala Covid-1913.

"Sekiranya anda bergejala secara berterusan, ambil bacaan suhu, namun bukan dalam tempoh 30 minit selepas bersenam atau selepas mengambil ubat yang boleh menurunkan suhu seperti acetaminophen3," katanya.

Jika anda disyaki dijangkiti Covid-19, lakukan ujian kendiri yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan pengasingan di rumah sekurang-kurangnya 10 hari kerana ia adalah dua strategi penting bagi meminimumkan penyebaran Covid-19 kepada orang lain14.

Pantau suhu anda bagi memastikan sama ada anda mengalami demam, dan perhatikan jika anda mempunyai gejala Covid-19 yang lain seperti batuk, kelesuan, hilang deria rasa atau bau, dan sebagainya15.

Anda boleh mengambil ubat yang dijual di kaunter, seperti Parasetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen) bagi membantu meredakan demam5.

Rehat secukupnya dan minum banyak air, dan kekal terhidrat. Sentiasa berhubung dengan penyedia penjagaan kesihatan anda5.

Sekiranya anda mengalami gejala Covid-19 yang teruk seperti sukar bernafas atau semput, sakit dada, tidak boleh bercakap atau bergerak, dan sebagainya, segera dapatkan penjagaan perubatan5.

Jika anda perlu keluar untuk mendapatkan penjagaan perubatan, elak daripada menggunakan perkhidmatan berkongsi kenderaan atau teksi dan guna pengangkutan anda sendiri.

Dr Gopinathan berkata, pesakitnya pernah meminta nasihat dan penjelasan berkenaan mitos berkaitan keselamatan dan kesesuaian ubat-ubatan dari 'Barat', terutamanya mengenai ubat melegakan kesakitan yang dijual di kaunter seperti Parasetamol, iaitu mereka takut Parasetamol berada lama di dalam badan.

Katanya, tanggapan salah seperti ini boleh menghalang seseorang itu daripada merawat kesakitan mereka secara berkesan dan bertanggungjawab sekiranya dibiarkan.

"Paracetamol telah lama digunakan sejak ia menjadi ubat mencegah demam dan kesakitan yang paling banyak digunakan di Malaysia16 dan ia sesuai untuk 98 peratus orang dewasa17.

"Paracetamol tidak mengganggu perut anda dan disingkirkan daripada badan anda dalam tempoh 24 jam18," katanya.

Dr Gopinathan berkata, Paracetamol berkesan dalam menguruskan kesakitan ringan dan sederhana sekiranya diambil mengikut dos yang dicadangkan pada label bungkusan.

"Ia dapat membantu melegakan kesakitan (ketidakselesaan) yang disebabkan oleh sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, kesakitan akibat artritis, sakit otot, osteoartritis, kesakitan akibat kitaran haid atau senggugut, dan merendahkan suhu badan dan/atau ketidakselesaan akibat demam.

"500mg hingga 1000mg dos paracetamol yang diambil setiap empat hingga enam jam terbukti dapat memberikan kelegaan berkesan kepada orang dewasa19,20.

"Dua biji pil 500mg Paracetamol boleh diambil setiap empat hingga enam jam, tetapi tidak melebihi lapan biji pil 500mg paracetamol sehari9,10," katanya.

Bagaimanapun, pengguna disarankan agar membaca label produk sebelum mengambilnya, dan guna ubat tersebut seperti yang diarahkan.

Walaupun Paracetamol disyorkan bagi melegakan sementara kesakitan dan demam, anda dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan anda jika terus mengalami apa-apa gejala.

Rujukan:

11 COVIDNOW. COVIDNOW in Malaysia. 16 February. Retrieved from link.

12 ASTRO Awani. COVID-19 endemic stage: Healthier lifestyle can make a big difference. 15 September 2021. Retrieved from link.

13 Ministry of Health (MOH) Malaysia. Health Promotion & Risk Communication Initiatives.2020. Retrieved from link.

14 The Star. When to self-test for Covid-19 and preparing to quarantine. 13 September 2021. Retrieved from link.

15 Ministry of Health (MOH) Malaysia. Seek treatment at the nearest health facility immediately if you have any of the following COVID-19 symptoms. Retrieved from link.

16 Portal MyHealth, Ministry of Health Malaysia (MOH). Paracetamol. April 2012. Retrieved from link.

17 Clarke GD, et al. Int J Pharm Pract 2008; 16:1-4.

18 Jackson CH, MacDonald NC, Cornett JW. Acetaminophen: a practical pharmacologic review. Can Med Assoc J 1984; 131(1): 25-32.

19 Gaul C, Eschalier A, Dose Can Help to Achieve Effective Pain Relief for Acute Mild to Moderate Pain with Over-the-Counter Paracetamol? Open Pain Journal, 2018, 11, 12-2.

20 CADTH 2016, 1000 mg versus 600/650 mg Acetaminophen for Pain or Fever: A Review of the Clinical Efficacy. Canadian Agency for Drugs and Technologies in Health. Viewed on 20th April 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 6:19 PM