HEPATITIS Akut Tidak Diketahui Penyebabnya ialah ancaman kesihatan baharu kanak-kanak. - FOTO Google
HEPATITIS Akut Tidak Diketahui Penyebabnya ialah ancaman kesihatan baharu kanak-kanak. - FOTO Google
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


KEGUSARAN ibu bapa berkaitan ancaman serangan virus Covid-19 terhadap anak mereka belum berakhir.

Kini, kebimbangan mereka berganda dengan kemunculan penyakit lain yang sebahagiannya boleh mengancam nyawa anak.

Empat jenis penyakit yang menjadi kebimbangan utama ibu bapa perlu diberikan perhatian supaya anak mereka terhindar daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Maklumat ini dikongsikan oleh Pakar Pediatrik dan Pediatrik Endokrinologi Dr Rashdan Zaki Mohamed di Facebook miliknya, baru-baru ini.

1. Penyakit sindrom keradangan multisistem dalam kanak-kanak (MIS-C) dan Kawasaki

  • Kebiasaannya, ia menyerang kanak-kanak terutama yang berusia bawah lima tahun.

  • MIS-C ialah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ia membabitkan keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.

  • Komplikasi jangkitan Covid-19, kebiasaannya setelah dua hingga empat minggu jangkitan Covid-19.

  • Organ utama yang terjejas adalah jantung namun organ lain juga boleh turut terjejas seperti usus, sistem penghadaman, pernafasan, kulit.

  • Penyakit Kawasaki pula ialah sindrom yang dicirikan keradangan saluran

    darah di seluruh badan.

  • Gejala utama:

    i.Demam berpanjangan

    ii.Ruam merah

    iii.Bibir merah/kering/merekah

    iv.Mata merah

    v.Bengkak kelenjar limfa

    vi.Bengkak kaki/tangan

  • Gejala lain:

    i.Berdebar-debar

    ii.Keletihan

    iii.Kelihatan tidak sihat keterlaluan

    2.Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)

  • Penyakit jangkitan kanak-kanak terutama berusia bawah 10 tahun.

  • Terdapat lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut.

  • Amat mudah berjangkit.

  • Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD perlu dikuarantin bagi mengelakkan ia menjangkiti yang lain.

  • Berisiko mendapat komplikasi radang jantung dan organ lain termasuk radang otak. Namun, kebiasaannya jangkitan dan bergejala ringan

  • Gejala utama:

    i.Ruam kaki/tangan

    ii.Ulser mulut

  • Ini menyebabkan anak kurang makan/minum dan membawa kepada kekeringan/dehidrasi

  • Kes HFMD pada masa ini dengan meningkat naik.

    BIBIR kanak-kanak menghidap sindrom MIS-C menjadi merah dan merekah. - FOTO Google
    BIBIR kanak-kanak menghidap sindrom MIS-C menjadi merah dan merekah. - FOTO Google

    HFMD menimbulkan lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. - FOTO Google
    HFMD menimbulkan lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. - FOTO Google

    GEJALA penyakit Kawasaki menimbulkan ruam merah pada badan. - FOTO Google
    GEJALA penyakit Kawasaki menimbulkan ruam merah pada badan. - FOTO Google

    3. 'Respiratory Syncytial Virus' (RSV)

  • Jangkitan RSV kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah umur dua tahun.

  • Virus RSV kebiasaannya menyerang paru-paru dan salur/sistem pernafasan.

  • Kebanyakan pesakit pulih dengan masa.

  • Namun, RSV boleh menjadi serius terutama kepada bayi sehingga memerlukan suplementasi oksigen dan/atau bantuan pernafasan.

  • Jangkitan RSV boleh menyebabkan bronkiolitis, pneumonia dan gangguan pernafasan termasuk nafas berbunyi (wheeze).

  • Individu mula menunjukkan gejala pada hari keempat hingga keenam selepas dijangkiti virus RSV.

  • Gejala RSV

    i.Hidung berair

    ii.Hilang selera makan

    iii.Batuk

    iv.Bersin

    v.Demam

    vi.Nafas laju dan berbunyi

    4. Hepatitis Akut Tidak Diketahui Penyebabnya

  • Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru mengumumkan penyakit berkenaan.

  • Ada kebimbangan baharu jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dalam kalangan kanak-kanak.

  • Gejala utama

    i.Kekuningan pada kulit/mata (jaundice)

    ii.Loya

    iii.Muntah

    iv.Hilang selera makan

    v.Keletihan

  • Punca utama masih dalam siasatan

  • Sehingga 21 April lalu, WHO menerima pelaporan 169 kes ini membabitkan 12 negara.
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2022 @ 6:42 AM