Pulse Oximeter menjadi alat wajib yang perlu ada di rumah pada masa kini
Pulse Oximeter menjadi alat wajib yang perlu ada di rumah pada masa kini
Suliati Asri


Covid-19 adalah masalah dunia yang menjadi topik hangat sejak awal penularan wabak ini sejak dua tahun lalu.

Situasi itu membuatkan ramai masyarakat yang dulunya tidak menitikberatkan kesihatan kini bagaikan seorang pakar kesihatan.

Istilah 'happy hypoxia' dan penggunaan 'pulsa oximeter' dalam kehidupan tidak lagi asing bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ia selalu dipaparkan di platform media sosial.

Bagaimanapun, dengan gelombang Covid-19 di Malaysia yang semakin reda, orang ramai kembali bersikap sambil lewa.

Mereka mula berpusu-pusu ke tempat awam dan berkumpul dalam kumpulan besar seperti wabak Covid-19 ini sudah lenyap.

Walaupun sudah divaksin sepenuhnya, namun kita masih perlu berwaspada dan sedar bahawa wabak ini terus bermutasi dan masih boleh menjangkiti.

Justeru, pemantauan kesihatan berkala di rumah menggunakan pulse oximeter adalah sangat perlu kerana ia tidak hanya untuk pesakit Covid-19.

Terdapat enam golongan dan keadaan kesihatan seseorang yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam badan. Mungkin kita satu daripadanya?

1. Pesakit yang mengidap kardiovaskular dan serebrovaskular

Mereka yang mengidap kardiovaskular dan serebrovaskular termasuklah penyakit jantung koronari, hipertensi, hiperlipidemia dan trombosis serebrum sangat memerlukan pulse oximeter ini.

Ini kerana pengumpulan lemak pada lapisan dalam saluran darah yang menyempitkan rongga vaskular akan menghalang darah mengalir dengan lancar.

Akibatnya, oksigen tidak dapat dibekalkan kepada bahagian organ dan sel di dalam badan.

Bagi pesakit kardiovaskular dan serebrovaskular, kepekatan darah adalah lebih tebal daripada orang biasa dan ditambah dengan arteriosklerosis koronari, menjadikan oksigen lebih sukar untuk dibekalkan ke seluruh bahagian badan.

Hipoksia yang teruk boleh menyebabkan infark miokard dan infark serebrum. Jika oksigen tidak dibekalkan pada waktunya, ia akan menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Hipoksia ringan boleh menyebabkan fungsi jantung, otak dan organ lain yang menerima sejumlah besar oksigen akan merosot secara perlahan
Hipoksia ringan boleh menyebabkan fungsi jantung, otak dan organ lain yang menerima sejumlah besar oksigen akan merosot secara perlahan

Oleh itu, penggunaan pulse oximeter untuk mengukur SpO2 pada kardiovaskular dan pesakit serebrovaskular dapat mengurangkan risiko kepada pesakit.

Ini kerana, jika hipoksia berlaku, oksigen harus ditambah secepat mungkin yang secara signifikan membantu mengurangkan risiko.

2. Pesakit yang menghidapi masalah pernafasan

Ujian oksigen darah sangat penting bagi pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, bronkitis kronik, kardiopulmonari dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

Ini kerana, kesukaran bernafas boleh menyebabkan pengambilan oksigen tidak mencukupi. Selain itu, penyakit asma yang berterusan akan menyekat tiub bronkus kecil sekali gus pesakit akan mengalami kesukaran bernafas yang boleh membawa kepada hipoksia.

Kesukaran bernafas boleh menyebabkan pengambilan oksigen tidak mencukupi.
Kesukaran bernafas boleh menyebabkan pengambilan oksigen tidak mencukupi.

Jika hal itu berlaku, ia boleh mengakibatkan pelbagai tahap kerosakan pada jantung, paru-paru, otak dan buah pinggang.

Oleh itu, menggunakan pulse oximeter untuk memantau kepekatan SpO2 adalah penting bagi mengesan hipoksia secara awal sekali gus mengurangkan masalah saluran pernafasan.

3. Warga emas berumur lebih dari 60 tahun

Proses penuaan organ jantung dan paru-paru boleh menyebabkan pengambilan oksigen yang tidak mencukupi. Ini kerana tubuh bergantung kepada darah untuk menghantar oksigen. Jika darah berkurangan maka masalah kekurangan oksigen boleh berlaku.

Warga tua harus menggunakan pulse oximeter untuk mengukur kadar oksigen darah setiap hari.
Warga tua harus menggunakan pulse oximeter untuk mengukur kadar oksigen darah setiap hari.

Jika tahap oksigen darah turun di bawah normal, oksigen di dalam badan harus ditambah secepat mungkin.

4. Orang yang bekerja lebih dari 12 jam sehari

Tahap bekalan oksigen tidak dapat memenuhi keperluan seluruh badan jika tahap pengambilan oksigen pada organ otak meningkat.

Penggunaan oksigen pada otak adalah sebanyak 20 peratus berbanding jumlah pengambilan oksigen seluruh badan.

Peralihan kerja secara mental akan meningkatkan penggunaan oksigen pada bahagian otak
Peralihan kerja secara mental akan meningkatkan penggunaan oksigen pada bahagian otak

Selain menyebabkan pening, keletihan, ingatan yang lemah, tindak balas yang perlahan dan masalah lain, kekurangan oksigen juga akan menyebabkan kerosakan serius pada bahagian otak dan miokardium. Ia juga boleh mengakibatkan kematian disebabkan kerja berlebihan.

Oleh yang demikian, mereka yang belajar selama 12 jam atau lebih setiap hari perlu menggunakan pulse oximeter untuk mengesan tahap SpO2 untuk pemantauan yang lebih teliti pada tahap oksigen darah sekali gus menjaga kesihatan jantung dan otak.

5. Mereka yang selalu melakukan senaman intensif oksigen dan mendaki

Bagi mereka yang melakukan senaman intensif, pemantauan oksigen darah secara langsung untuk atlet dapat membantu mengesan tahap proses peredaran darah selepas melakukan senaman mengikut menetapkan atau menyesuaikan jumlah latihan yang dilakukan.

Bagi pendaki, pemantauan oksigen adalah penting
Bagi pendaki, pemantauan oksigen adalah penting

Bagi yang mendaki pula, pemantauan oksigen adalah penting kerana dengan memantau oksigen darah, masalah peredaran oksigen atau darah dapat dikesan secara awal bagi mengelakkan sianosis disebabkan oleh tekanan paras ketinggian.

Disebabkan itu, semua penumpang yang menaiki kereta api Qinghai-Tibet untuk memasuki Tibet akan diwajibkan untuk melakukan ujian oksigen darah.

6. Peminum alkohol tahap kronik

Tubuh memerlukan tiga unit oksigen namun satu unit alkohol mampu mengubahnya menjadi air dan karbon dioksida.

Alkoholik yang kronik boleh menyebabkan mereka sukar mengesan tahap kandungan oksigen di dalam badan terutamanya ketika mabuk.

Oleh itu, alkoholik boleh membawa oximeter bersama mereka untuk memantau keadaan fizikal bagi mengelakkan kesan yang buruk kepada tubuh badan.

Medisana mempunyai pelbagai alat pemantau kesihatan yang diperakui oleh EU Medical Devices Directive (MDD), Malaysia Medical Device Authority (MDA) dan pensijilan ISO.

Justeru, bagi yang ingin membeli alat untuk memantau tahap kepekatan oksigen dalam darah, Pulse Oximeter Medisana adalah pilihan yang tepat kerana ia diperakui oleh MDA dan pensijilan ISO.

Adalah penting untuk memilih pulse oximeter yang diperakui oleh MDA dan pensijilan ISO kerana semua bahagian yang bersentuhan dengan jari sudah melalui ujian biokompatibiliti ISO10993 untuk mencegah alahan semasa menggunakan alatan.

Sensor dilekatkan ke secara efektif mengelakkan peluh pada jari dan reka bentuk komponen elektronik yang memastikan kestabilan prestasi dan ketepatan bacaan.

Jangan tunggu lagi untuk menikmati tawaran eksklusif pulse oximeter dan alat kesihatan lain keluaran Medisana! Kami juga ada promosi tawaran masa terhad sepanjang bulan ini untuk produk Pulse Oximeter Medisana PM 100.

Anda hanya perlu layari kedai rasmi Medisana di Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/medisana/Ramadan2021.htm?spm=a2o4k.104151...

Masukkan kod promo "OCT90" untuk menikmati potongan 10% tambahan.

Untuk pembelian bernilai RM 100 dan ke atas, pelanggan akan menerima beg kitar semula PERCUMA.

* Tertakluk pada terma & syarat.

Promosi eksklusif ini sah bermula 13 Oktober hingga 31 Oktober. Hadiah percuma yang ditawarkan selagi stok masih ada.

Layari halaman Facebook rasmi Medisana (https://www.facebook.com/MedisanaMY) untuk petua kesihatan yang menarik dan interaktif.

*Isi kandungan dalam rencana ini adalah untuk rujukan sahaja. Sila mendapatkan nasihat pakar perubatan dan doktor untuk diagnosis penyakit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 11:29 AM