BERGERAK antara senaman yang boleh dilakukan di rumah. - FOTO Google
BERGERAK antara senaman yang boleh dilakukan di rumah. - FOTO Google
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


PENETAPAN prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan pandemik Covid-19, menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk meneruskan gaya hidup aktif seperti diamalkan sebelum ini.

Ini menyebabkan ramai terpaksa hidup dengan gaya hidup tidak aktif dan tanpa menyedari impak negatifnya terhadap kesihatan.

Oleh itu, bagi membantu rakyat Malaysia menghindari gaya hidup seperti itu, jenama biskut popular, Jacob's menggalakkan masyarakat untuk terbabit dalam kempen 'Gerakan Kebaikan' ke arah kehidupan lebih sihat sempena ulang tahun kemerdekaan negara.

Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Sur berkata, jenama biskut ini sudah bertapak di Malaysia sejak 68 tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh ini, syarikat sentiasa terdorong untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat dan kekal positif.

"Menerusi kempen Gerakan Kebaikan, kami ingin menegaskan bahawa sekecil mana pun sesuatu 'gerakan' dalam kehidupan harian, ia cukup bermakna dalam membantu kekal sihat.

"Kami menggalakkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan yang betul, tidak kira 'bergerak' kepada pemilihan snek lebih sihat, pilihan lebih sihat, mahupun gaya hidup lebih aktif.

"Kami yakin apabila semua bersatu hati mengamalkan kempen ini, pastinya ia dapat meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan dan ke arah Malaysia yang lebih sihat," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, satu daripada dua individu dewasa di Malaysia direkodkan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Katanya, di samping itu, satu daripada empat individu dewasa didapati tidak aktif secara fizikal.

"Bagi membudayakan Gerakan Kebaikan, kami mengajak rakyat Malaysia untuk merakam diri ketika melakukan pergerakan mudah menggunakan Instagram.

"Mereka digalakkan berkongsi video pergerakan berserta tanda pagar #GerakanKebaikan64, tag @jacobs_malaysia di hantaran itu dan cabar ahli keluarga atau rakan untuk sama bergerak.

"Bagi mengakses Instagram, imbas kod QR atau kunjungi profil Instagram Jacob's Malaysia (@jacobs_malaysia) untuk maklumat lebih lanjut," katanya.

Jelasnya, bagi menginspirasikan Gerakan Kebaikan dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah tabiat snek yang lebih sihat, jenama biskut ini turut melancarkan Jacob's Baked Crisps baharu.

"Seperti didedahkan dalam satu tinjauan baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia bergantung kepada snek sebagai sumber ketenangan jiwa, terutamanya dalam tempoh pandemik.

"Jadi, pelancaran produk baharu ini amat bertepatan dengan situasi semasa.

"Memperkasakan pengguna kepada snek yang betul, masa betul dan dibuat dengan cara betul, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia bukan sahaja memilih snek sihat serta lazat, tetapi juga memberi tumpuan kepada jenis snek dinikmati," katanya.

Arpan berkata, sebagai pelengkap kepada kempen Gerakan Kebaikan, jenama biskut ini akan menyalurkan dana kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, tujuannya membiayai pelbagai program, inisiatif dan kajian lain yang akan menyokong usaha Malaysia ke arah negara lebih sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 6:41 AM