KINI wanita berperanan sebagai pemimpin dan pencetus perubahan sosial serta politik. - Gambar hiasan
KINI wanita berperanan sebagai pemimpin dan pencetus perubahan sosial serta politik. - Gambar hiasan
HM Digital

USAHA memperkasakan wanita dan gerakan feminisme kini diiktiraf daripada sudut sosial sebagai amat penting dalam mengubah peranan wanita dalam masyarakat.

Berbanding sekitar dua dekad lalu, peranan wanita sebagai pemimpin dan pencetus perubahan sosial serta politik tidak pernah dibayangkan.

Walaupun kemajuan dicapai, terdapat isu kesihatan penting yang tidak boleh diabaikan terutama dalam kalangan wanita Malaysia.

Pada tahun lalu, lebih 8,000 wanita Malaysia disahkan menghidap kanser payudara 2.

Penyakit ini kekal sebagai kanser paling lazim dihidapi wanita di Malaysia dan ia juga berada di tempat kedua antara punca utama kematian berkaitan kanser di negara kita 2.

Kanser payudara peringkat lanjutan sudah mengorbankan banyak nyawa. Ia juga dikenali sebagai kanser payudara sekunder atau metastatik dan dicirikan oleh sel kanser yang sudah merebak ke bahagian badan lain seperti nodus limfa, tulang, paru-paru dan otak 3.

Menurut Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, 47.9 peratus daripada kes kanser payudara dikesan pada tahap tiga dan empat walaupun ia baru dikesan 4.

Sebelum ini, kanser payudara sering dianggap sebagai penyakit yang hanya menjejaskan wanita lebih tua, tetapi statistik dan kajian baru-baru ini mendapati wanita lebih muda dan belum putus haid (pramenopaus) juga menghidapi penyakit ini 5.

Malah, kanser payudara peringkat lanjutan dalam kalangan wanita pramenopaus lazimnya lebih agresif dengan risiko ia kembali berulang yang lebih tinggi.

Melihat kepada statistik ini, bagaimanakah wanita ini mengharungi kehidupan dengan kanser payudara peringkat lanjutan?

Ini kerana ramai wanita Malaysia hari ini mengutamakan pembangunan kerjaya, hubungan sosial dan hanya mula membina keluarga dalam usia pertengahan 30-an.

Diagnosis penyakit metastatik bukan saja menundakan semua rancangan ini, tetapi mungkin menyebabkan aspirasi ini tidak dapat dikecapi.

Menurut Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof, apabila membuat diagnosis kanser payudara metastatik dalam kalangan wanita yang lebih muda, pakar perlu mempertimbangkan hidup dan kemahuan pesakit secara menyeluruh.

"Apakah harapan beliau? Sudahkah beliau membina keluarga yang dirancang? Bolehkah mereka terus menjalankan tanggungjawab harian dengan kesan sampingan yang mungkin dialami akibat rawatan?

"Apakah status sosioekonominya? Bolehkah beliau meluangkan masa untuk menerima rawatan?," katanya.

Walaupun wanita masa kini berpendidikan tinggi dan berkerjaya, kelewatan diagnosis menjadi faktor penting yang mengakibatkan mereka sering disahkan menghidap penyakit pada peringkat yang lewat.

Satu kajian sistematik yang bertujuan memahami faktor yang mengakibatkan kelewatan diagnosis sering berlaku mendapati bahawa walaupun wanita di Malaysia mempunyai kesedaran mengenai kanser payudara dan kaedah pemeriksaannya terutama pemeriksaan payudara kendiri, namun pengetahuan mereka tidak mendalam 6.

Internet berkelajuan tinggi dan media sosial di negara ini membolehkan wanita di Malaysia mendapatkan akses kepada maklumat di hujung jari mereka.

Bagaimanapun, kajian mengenai penyakit dan maklumat teknikal mengenai perubatan agak rumit dan kadangkala menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan.

"Maklumat terbaharu dan berinovasi berkaitan kanser payudara metastatik bersifat kompleks malahan pakar perubatan sekalipun mendapati ia sukar untuk dibincangkan sewaktu proses konsultasi bersama pesakit.

"Bagaimanapun, sebagai pakar perubatan perlu meluangkan masa untuk duduk bersama pesakit dan membincangkan topik yang kompleks seperti ini.

"Hanya apabila mereka memiliki semua maklumat, barulah mereka akan berupaya untuk membuat keputusan berkaitan rawatan mereka sendiri," katanya.

Ramai yang tidak tahu, kanser payudara peringkat lanjutan lazimnya dikelaskan mengikut subjenis reseptor khusus pada sel kanser iaitu reseptor hormon (HR+ atau HR-) dan reseptor faktor pertumbuhan epidermis manusia-2 (HER2+ atau HER2-) 7.

Namun, apakah kepentingan maklumat yang dapat diperoleh daripada status HR atau HER2 pesakit?

Jika pesakit adalah HR+, ini menjadi isyarat kepada pakar perubatan bahawa kanser mereka bertindak balas kepada paras hormon wanita (estrogen dan progesteron) dalam badan 7.

DR Mastura
DR Mastura

Jenis kanser berstatus HER2+ pula, mempunyai ciri yang lebih agresif dan prognosis yang lebih teruk 7.

Subklasifikasi ini penting untuk pakar perubatan mencadangkan kaedah rawatan sesuai yang boleh menangani dan merawat penyakit secara berkesan 7.

Baru-baru ini, ujian genetik lanjutan ke atas sel pada kanser payudara mendedahkan bahawa lebih daripada 40 peratus wanita dengan kanser payudara peringkat lanjutan HR+/HER2- (jenis yang paling lazim) juga mempunyai mutasi bukan diwarisi yang dikenali sebagai PIK3CA.

Mutasi gen ini dikaitkan dengan pertumbuhan kanser yang tidak terkawal, kurang responsif terhadap rawatan endokrin dan prognosis yang lebih teruk secara keseluruhan 8,9.

Walaupun selepas mengenal pasti status reseptor dan menerima rawatan berasaskan hormon, ramai pesakit kanser payudara peringkat lanjutan masih dihantui masalah penyakit yang sukar dikawal atau terus progresif.

Dr Mastura berkata, sebabnya mungkin terletak pada kehadiran mutasi pada gen yang terbabit di dalam proses pertumbuhan kanser itu sendiri.

"Dalam kalangan pesakit kanser payudara peringkat lanjutan jenis HR+/HER-, saringan bagi mengenalpasti mutasi PIK3CA mungkin antara langkah terbaik bagi menyekat perkembangan penyakit ini. PIK3CA seolah penanda yang dapat dikesan dalam sel kanser pesakit.

"Rawatan berasaskan biopenanda baharu ini disasarkan untuk menyekat laluan pertumbuhan dan perkembangan kanser iaitu PIK3CA dan ia juga berfungsi secara bersinergi dengan penyekat reseptor estrogen yang diberikan bersama.

"Kombinasi ini didapati menggandakan tempoh kelangsungan hidup tanpa perkembangan penyakit dalam kalangan pesakit dengan subjenis kanser payudara peringkat lanjutan ini 10.

"Rawatan berpandukan biopenanda ini memberikan harapan baharu kepada wanita yang gagal mengurangkan kadar perkembangan kanser dengan rawatan sedia ada," katanya.

"Kita perlu memastikan pesakit kita mendapat maklumat yang terkini mengenai kaedah pengurusan baharu ini supaya mereka sedia maklum dan digalakkan menentukan pilihan rawatan yang paling sesuai untuk mereka dan gaya hidup mereka.

"Memahami matlamat pesakit ialah satu-satunya cara kita boleh memberikan rawatan secara menyeluruh serta penjagaan yang sewajarnya kepada mereka," kata Dr Mastura.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Novartis.

Rujukan

1 Statista. Number of students enrolled in public higher education institutions in Malaysia from 2012 to 2019, by gender. Boleh didapati daripada https://www.statista.com/statistics/794845/students-in-public-higher-edu.... Kali terakhir diakses pada 22 Februari 2021.

2 Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Globocon 2020. Boleh didapati daripada https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-.... Kali terakhir diakses pada 22 Februari 2021.

3 Advanced Breast Cancer Community. What is Advanced, Metastatic and Stage 3 & 4 Breast Cancer? Boleh didapati daripada: www.advanced breastcancercommunity.org/understanding-abc. Kali terakhir diakses pada 16 Februari 2021.

4 Daftar Kanser Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia 2012-2016. Boleh didapati daripada https://drive.google.com/file/d/1BuPWrb05N2Jez6sEP8VM5r6JtJtlPN5W/view. Kali terakhir diakses pada 16 Februari 2021.

5 Healthline. Breast Cancer in Young Women. Boleh didapati daripada https://www.healthline.com/health/breast-cancer/breast-cancer-in-young-w.... Kali terakhir diakses pada 16 Februari 2021.

6 Khan TM, Leong JP, Ming LC, Khan AH. Association of Knowledge and Cultural Perceptions of Malaysian Women with Delay in Diagnosis and Treatment of Breast Cancer: a Systematic Review. Asian Pac J Cancer Prev. 2015;16(13):5349-57. Boleh didapati daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26225677/. Kali terakhir diakses pada 23 Februari 2021.

7 National Cancer Institute. Cancer Stat Facts: Female Breast Cancer Subtypes. Boleh didapati daripada https://seer.cancer.gov/statfacts/html/breast-subtypes.html Kali terakhir diakses pada 23 Februari 2021.

8 Sobhani N, Roviello G, Corona SP, et al. The prognostic value of PI3K mutational status in breast cancer: ameta-analysis. J Cell Biochem. 2018;119(6):4287-4292.

9 Mosele F, Stefanovska B, Lusque A, et al. Outcome and molecular landscape of patients with PIK3CA-mutated metastatic breast cancer. Ann Oncol. 2020;31(3):377-386.

10 Piqray [US Prescribing Information]. Novartis Pharma AG. 6. Juric D, et al. Alpelisib (ALP) + fulvestrant (FUL) for advanced breast cancer (ABC): Keputusan ujian Fasa 3 SOLAR-1. Dibentangkan di Simposium Kanser Payu Dara San Antonio (SABCS) (Abstrak #GS3-08) pada 6 Disember 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 6:12 AM