PELANGGAN Prudential Malaysia yang layak boleh terus mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential - FOTO Hiasan
PELANGGAN Prudential Malaysia yang layak boleh terus mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential - FOTO Hiasan
Hanis Aliaa Hidzir

PANDEMIK Covid-19 memberi impak besar kepada ramai pihak terutamanya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu. 

Memahami saat mencabar ini,  Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (Prudential Malaysia) tampil dengan kempen Kemasukan Hospital & Pasca Vaksinasi Covid-19.

Kempen ini direka khusus bagi membantu pelanggan Prudential Malaysia yang mempunyai pelan perubatan dengan pengecualian bagi penyakit berjangkit yang memerlukan perintah kuarantin. 

Percuma buat pelanggan yang layak 

Image

Melalui kempen ini, Prudential Malaysia memberikan perlindungan perbelanjaan perubatan dan rawatan berkaitan Covid-19 kepada pelanggan mereka di mana-mana hospital swasta yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat kes Covid-19.  

Kempen yang dilaksanakan atas dasar niat murni ini adalah percuma untuk pelanggan Prudential Malaysia yang layak dan berdaftar di aplikasi Pulse by Prudential. 

Program Kemasukan Hospital dan Pasca Vaksinasi Covid-19 terdiri daripada dua komponen. 

Pertama, bagi pelanggan yang perlu dimasukkan ke mana-mana hospital swasta yang telah ditetapkan oleh KKM disebabkan Covid-19, Prudential Malaysia menawarkan pembayaran balik sehingga RM20,000¹ bagi tuntutan kemasukan hospital, bergantung kepada jenis pelan perubatan yang mereka miliki. 

Bagi pelanggan yang baharu sahaja menaiktaraf polisi atau sijil mereka untuk merangkumi pengecualian bagi penyakit berjangkit, pembayaran balik adalah berdasarkan terma dan syarat yang tertera dalam dokumen polisi atau sijil pelan perubatan mereka. 

Kedua, Perlindungan Pasca Vaksinasi Covid-19 yang memberikan pelepasan tunai RM500² sekiranya dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan serius selepas penerimaan vaksinasi Covid-19 yang diluluskan. 

Ini juga bertepatan dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di mana rakyat Malaysia boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi tersebut bermula 24 Februari 2021. 

Program ini juga merupakan manfaat tambahan kepada Perlindungan Khas Covid-19 2021 yang menyediakan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 sekiranya dimasukkan ke hospital selain manfaat kematian RM10,000 untuk pelanggan Prudential Malaysia.  

Pelanggan Prudential Malaysia yang layak boleh terus mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential. Klik pautan di bawah untuk menyemak kelayakan anda.

  • Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB)
  • Prudential BSN Takaful (PruBSN)

Berikut lima langkah mudah untuk mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential.

Image

Muat turun aplikasi Pulse by Prudential dan daftarkan diri anda segera untuk dilindungi.


¹ 8 Februari 2021 hingga 30 September 2021 atau sehingga jumlah terkumpul tabung mencapai had tuntutan RM20 juta, mana-mana yang lebih awal. Tertakluk pada terma dan syarat.

² 8 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021 atau sehingga jumlah terkumpul tabung mencapai had tuntutan RM1 juta, mana-mana yang lebih awal. Tertakluk pada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 8:25 AM