Joy Revfa (tengah) di majlis pelancaran gincu BlackRevfa.
Joy Revfa (tengah) di majlis pelancaran gincu BlackRevfa.

Kuala Lumpur: Usahawan sensasi, Joy Revfaatau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 34, menerusi rangkaian MERVE Cosmetics Malaysia melancarkan koleksi terbaru gincu BlackRevfa.

Ia sekali gus menjadikan yang ke-30 dikeluarkan sejak syarikat itu ditubuh dan didaftar Februari 2015 di bawah MERVE Group Holdings Berhad.

Menurut Siti Arifah, dia ingin memperkenalkan koleksi gincu ini sebagai salah satu keluaran yang unik dan mengetengahkan sisi yang lebih misteri.

"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.

"Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya.

"Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap." katanya.

Joy Revfaatau bersama stokis
Joy Revfaatau bersama stokis

Dengan tagline "Cantik Bukan Lagi Fantasi", koleksi gincu ini mensasarkan kepada remaja perempuan, wanita berkerjaya serta suri rumah yang ingin bergaya dan tampak cantik.

Pada masa yang sama, pelancaran kali ini turut ingin meraikan ejen dan stokis dari seluruh Malaysia.

Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 ini untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

Turut dilancarkan #mervetiktokchallenge bermula 6 hingga 26 Disember. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini.

Koleksi BlackRevfa boleh didapati menerusi laman web http://www.mervecosmetics.com.my/ Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dijual dengan harga promosi mampu dimiliki serendah RM59.90.

Koleksi terbaru gincu BlackRevfa dilancarkan MERVE
Koleksi terbaru gincu BlackRevfa dilancarkan MERVE

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 10:01 PM