AZMIR (belakang, dua dari kanan) ketika meraikan sambutan hari jadi pada Program Komuniti McDonald's dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Bersama Titipan Kasih Harian Metro di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), baru-baru ini.
AZMIR (belakang, dua dari kanan) ketika meraikan sambutan hari jadi pada Program Komuniti McDonald's dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Bersama Titipan Kasih Harian Metro di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS), baru-baru ini.
Suliati Asri

DENGAN hasrat untuk menceriakan lebih 12,000 kanak-kanak sempena Bulan Komuniti Kanak-Kanak tahun ini, McDonald's Malaysia melaksanakan parti hari jadi membabitkan 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara.

Sambutan hari jadi ini juga diadakan bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang jatuh pada 30 Oktober 2021.

Acara tahunan ini juga adalah salah satu Program Komuniti @ McDonald's & RMHC iaitu program kemasyarakatan McDonald's Malaysia yang sudah diperkenalkan pada 2017.

Program ini juga adalah program teras McDonald's Malaysia untuk menyumbang kepada golongan masyarakat memerlukan dan mengeratkan pelbagai komuniti melalui aktiviti di peringkat akar umbi.

Sambutan hari jadi ini juga adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mewujudkan nilai positif dan mengetengahkan komitmen McDonald's sebagai anggota masyarakat yang prihatin terhadap golongan masyarakat memerlukan, seiring dengan misi Program Komuniti @ McDonald's & RMHC.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar berkata, selepas mengharungi masa yang mencabar akibat penularan wabak Covid-19, McDonald's Malaysia berpandangan adalah wajar menyambut hari jadi anak yatim, miskin dan asnaf.

"Kebanyakan anak yatim ini sudah lama tidak merasai suasana sambutan hari jadi yang meriah disebabkan pandemik yang melanda.

"Malah, kunjungan McDonald's membuat parti hari jadi adalah pertama kali bagi mereka selepas hampir dua tahun pandemik ini bermula," katanya.

Menerusi sambutan hari jadi ini, sebanyak RM100,000 dibelanjakan untuk inisiatif McD Party.

Ia meliputi perbelanjaan hidangan Chicken Burger Happy Meal untuk kanak-kanak kecil, perhiasan dan aksesori parti hari jadi bagi mewujudkan suasana sambutan Birthday Party serta aktiviti suka ria untuk menghiburkan anak-anak terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 5:25 PM