SENATOR Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Foo meninjaupameran miniatur di Galeri Seni Budaya WCO baru-baru ini.
SENATOR Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Foo meninjaupameran miniatur di Galeri Seni Budaya WCO baru-baru ini.
Hafiz Ithnin


BERADA di dalam galeri berkeluasan 1,200 kaki persegi di Cheras, Selangor ini ternyata membawa penulis dan rakan-rakan media ke alam kemahsyuran Melaka pada Abad ke 15 menerusi pameran miniatur yang dipersembahkan.

Ternyata persembahan miniatur itu memberi kesan kepada pengunjung yang mengagumi jalan penceritaan era berkenaan di Melaka yang boleh dikatakan agak terperinci.

Ini kerana Galeri Seni Budaya WCO menceritakan sejarah Melaka menerusi empat fasa utama iaitu sosial, ekonomi, budaya dan kepercayaan pada abad berkenaan.

Pengasasnya, Foo Loke Kee berkata, galeri itu yang dibuka kepada orang awam secara percuma untuk mendapatkan sekilas gambaran Melaka pada abad ke 15 yang sememangnya begitu mahsyur di seluruh dunia.

Katanya, di dalam penceritaan maniatur itu juga mengaitkan mengenai hubungan diplomatik antara Melaka dan China yang terjalin menerusi aktiviti perdagangan serta pelayaran.

"Kita ingin mengenengahkan keunikan sejarah Melaka pada Abad ke 15 yang sememangnya terkenal di seluruh dunia kerana aktiviti sosial, ekonomi dan menjadi laluan perdagangan dunia.

"Selain itu, dapat dilihat di dalam persembahan maniatur ini juga adalah hubungan diplomatik yang dibina sejak era Kesultanan Melaka yang mekar sehingga ke hari ini dengan Malaysia," katanya.

Tambahnya, justeru dalam pameran maniatur itu dinamakan sebagai Pameran Miniatur Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang menggambarkan detik-detik penting dalam hubungan dua hala, termasuk projek-projek pembangunan infrastruktur, pertukaran budaya, serta inisiatif perniagaan dan teknologi yang dilaksanakan bersama.

PAMERAN Miniatur Sempena Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di You Residences.
PAMERAN Miniatur Sempena Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di You Residences.

"Pameran diplomatik hubungan Malaysia-China adalah satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

"Malah ia bukan sahaja mempamerkan keindahan seni dan budaya kedua-dua negara bahkan juga menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan sosial," katanya.

Jelasnya, pameran itu dapat memperdalam pemahaman dan penghargaan terhadap warisan budaya masing-masing, sekali gus membuka penemuan baharu dalam perdagangan, pelancongan, dan pendidikan.

"Pentingnya pameran ini dalam memperkuat ikatan persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan China.

"Uniknya pameran ini mendapat sokongan melalui Pemotongan Cukai melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan Kerjasama daripada Limelight Sdn Bhd," katanya.

Pameran Miniatur Hubungan Diplomatik Malaysia-China akan berlangsung selama sebulan hingga 31 Julai ini. bertempat di Galeri Seni Budaya WCO, G-03, Cheras Selangor dan dibuka kepada orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 6:20 AM