M Resort Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik untuk keperluan tetamu. - FOTO M Resort Hotel
M Resort Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik untuk keperluan tetamu. - FOTO M Resort Hotel
Muhamad Shaifullah Tayep

MELUANGKAN masa dengan bercuti bersama anak dan keluarga di hujung minggu pastinya menyeronokkan.

Namun, mengunjungi lokasi yang sama sejak mereka kecil sedikit-sebanyak mengurangkan keterujaan seterusnya menghilangkan suasana ceria.

Tambah keceriaan mereka yang tersayang dengan mengunjungi lokasi peranginan bandar lima bintang terbaharu iaitu M Resort Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tempat percutian terbaharu ini dioperasikan dan dimiliki 100 peratus oleh jenama tempatan dengan tenaga kerja kira-kira 250 orang yang berpengalaman dalam industri hospitaliti.

Mengambil inspirasi huruf pertama dalam perkataan Malaysia iaitu 'M', Malaysia bukan sahaja mempunyai lokasi yang strategik, malah dikelilingi sumber alam semula jadi.

M Resort Hotel menawarkan 385 bilik tetamu yang terdiri daripada bilik Standard, Superior, Deluxe dan Suite Eksekutif, setiap ruangan dihasilkan dengan susun atur dan mempunyai fungsi tersendiri.

Image

Ia turut menyediakan kemudahan persidangan dan mesyuarat dengan saiz 5,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi canggih.

Selain itu, M Resort Hotel turut menawarkan kemudahan seperti spa, restoran dan pusat kecergasan yang beroperasi sepanjang hari, bar serta ruang rehat, kolam renang dengan gelongsor air dan Kids' Club.

Hanya kira-kira 60 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 16 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark), M Resort Hotel memberikan akses mudah buat tetamu untuk meneroka keindahan Kuala Lumpur.

Hotel gaya hidup yang diinspirasikan oleh budaya tempatan ini juga menawarkan pemandangan unik dari kawasan hijau yang terkenal di ibu negara iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).

Sesuai buat golongan elit bandar dan pengembara perniagaan, M Resort Hotel bakal memberikan penginapan 1,001 kenangan dengan rasa masakan menakjubkan serta spa yang menyegarkan.

Kunjungi M Resort Hotel hari ini dan nikmati perkhidmatan intuitif yang diperibadikan buat pelanggan.

Layari laman web M Resort Hotel untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2022 @ 10:12 AM