PELBAGAI pohon tempatan di tanam dalam kawasan taman terbabit.
PELBAGAI pohon tempatan di tanam dalam kawasan taman terbabit.
Nurul Husna Mahmud


WARGA kota mungkin tidak asing dengan taman awam yang wujud sekitar Kuala Lumpur seperti Taman Tasik Tiitiwangsa, Taman Ulu Pudu, Taman Botani dan Taman Metropolitan Kepong.

Kewujudan taman awam ini bukan sahaja memperindahkan bandar Kuala Lumpur, malah menjadi tumpuan warga kota untuk berekreasi.

Kelebihan bagi sesetengah taman rekreasi yang turut memiliki pelbagai jenis pokok dan tumbuhan herba ialah ia menjadi pusat pendidikan terutama bagi generasi muda untuk mengenali varieti tumbuhan.

Namun Tahukah anda, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut memiliki taman khusus bagi penanaman pokok buah-buahan terutama dari spesies tempatan untuk dikunjungi.

Taman Dusun Bandar yang terletak di Jalan Bellamy antara taman dusun awam terbesar di Kuala Lumpur.

UNIK terowong pohon menjalar sesuai untuk mereka mencari latar menarik bagi merakam foto.
UNIK terowong pohon menjalar sesuai untuk mereka mencari latar menarik bagi merakam foto.

Tanggapan penulis bagi taman awam yang kurang popular, pastinya tempat ini tidak ada tarikan unik namun sebaliknya Taman Dusun Bandar ini mempunyai landskap yang menarik untuk bergambar.

Lebih mengejutkan taman ini mempunyai fasiliti lengkap seperti dewan untuk penganjuran majlis selain ruang legar yang luas.

DEWAN turut disediakan untuk mereka meraikan majlis atau adakan program.
DEWAN turut disediakan untuk mereka meraikan majlis atau adakan program.

Bagi yang merancang untuk mengadakan majlis bertemakan ala taman, bolehlah berbuat demikian di taman dusun berkenaan.

Bukan sahaja dapat meraikan hari bahagia dengan panorama yang menghijau, ruang dewan juga cukup selesa termasuk mempunyai ruang legar memanjang dan selesa.

Tidak menghampakan apabila bakal pengantin dan pengunjung boleh menikmati landskap ala Oriental menerusi reka bentuk jambatan 'zig zag' terletak tidak jauh dari lokasi dewan berkenaan.

SEPERTI di taman oriental apabila adanya jambatan ‘zig zag’
SEPERTI di taman oriental apabila adanya jambatan ‘zig zag’

Jambatan dengan rekaan unik itu sering dilihat dalam taman-taman bunga di China, malah panorama air tasik yang mengalir di bawahnya akan memberi ketenangan selepas sibuk 'bersosial' dengan pengunjung lain.

Malah DBKL turut membuat label di pokok buah-buahan tertentu bagi membantu pengunjung mengenali spesies yang ada.

Menurut sumber, spesies terdapat di Taman Dusun Bandar dianggarkan mencecah 19,000 spesies dan pengunjung mungkin bernasib baik untuk menikmati hasilnya ketika musim buah menjelang.

TURUT ada taman permainan.
TURUT ada taman permainan.

Spesies pokok yang boleh ditemui di sini termasuklah pokok tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea reticulata, mata kucing atau Dimocarpus longan, pulasan (Nephelium Rambutan) dan pelbagai spesies belimbing.

Tidak seperti dusun yang tipikal, pengunjung boleh menikmati tanaman hiasan seperti bunga dan pohon hiasan lain.

Menarik di lokasi yang sama, adanya terowong yang dihiasi dengan pokok menjalar dengan tumbuhan buah seperti tembikai susu dan petola sebagai latar gambar kenangan untuk dikongsi dengan teman ataupun di Instagram.

TIDAK seperti dusun tipikal apabila adanya tanaman hiasan.
TIDAK seperti dusun tipikal apabila adanya tanaman hiasan.

Seperti taman awam yang lain, tiada caj masuk dikenakan dan sebelum pandemik Covid-19, ia dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 7 pm.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 6:20 AM