MANGROVE Point diperkenalkan sebagai destinasi  ekopelancongan baharu yang bakal menjadi tarikan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
MANGROVE Point diperkenalkan sebagai destinasi ekopelancongan baharu yang bakal menjadi tarikan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
Nurul Husna Mahmud


SEMPENA sambutan Hari Paya Bakau Sedunia yang diraikan 26 Julai lalu dalam meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan ekosistem hutan itu terhadap keseimbangan iklim dunia selain memastikan menjaga kelangsungan kelestarian hutan itu.

Antara peranan penting boleh difahami mengenai paya bakau selaku 'benteng' kepada hakisan ombak, ribut dan banjir selain memberi malar hijau kepada kawasan pantai atau muara sungai yang terbuka.

Melihat kepada aspek berkenaan tidak hairanlah ia mempunyai tarikan ekopelancongan apabila mempunyai landskap semula jadi cukup eksentrik selain atmosfera yang 'redup' mata memandang.

Disebabkan elemen itu, Projek Selangor Maritime Gateaway (SMG) menyasarkan pembangunan infrastruktur di enam zon termasuk Mangrove Point atau Pusat Paya Bakau yang mempunyai keluasan sekitar 70.76 ekar.

ILUSTRASI mengenai suasana laluan pejalan kaki yang akan memberi peluang kepada pengunjung mengelilingi hutan paya. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
ILUSTRASI mengenai suasana laluan pejalan kaki yang akan memberi peluang kepada pengunjung mengelilingi hutan paya. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

Menariknya sebagai tarikan mesti dilawati penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melihat secara dekat impak menerusi projek pembangunan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha memulihara dan membersihkan kawasan sekitar Sungai Klang.

Dalam usaha memperkenalkan Mangrove Point sebagai destinasi baharu ekopelancongan, pastinya peminat alam semula jadi teruja dengan perkembangan pembinaan pusat informasi dan juga pembelajaran dijangka siap pada 2021.

Menurut Perunding Landskap bagi Mangrove Point Profesor Madya Dr Shureen Faris Abdul Shukor berkata, destinasi itu dijangka satu fenomena berikutan dual konsep diterapkan pada objektif rekaan landskap mahupun infrastukturnya.

TARIKAN baharu hutan bakau apabila lengkap dibina dijangka pada 2021. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
TARIKAN baharu hutan bakau apabila lengkap dibina dijangka pada 2021. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

Ideanya ialah memperkenalkan kawasan itu sebagai ekopelancongan dan pelancongan kesihatan apabila dibuka kepada umum kelak.

"Dijangka apabila ia siap sepenuhnya pada 2021, lokasi ini bukan sahaja menarik peminat alam semula jadi tetapi turut menarik pengamal rehabilitasi untuk menjadikan ia sebagai tempat terapi buat golongan tertentu.

"Kalau dilihat kepentingan hutan paya yang memiliki rona hijau memberi aura menenangkan dilihat memenuhi naluri manusia yang cintakan alam sekitar.

"Sekurang-kurangnya pengunjung normal dapat merehatkan diri, ia boleh dimanfaatkan golongan tertentu seperti pesakit supaya dapat menjalani terapi di lokasi terbabit. Ia bersandarkan interaksi positif dimanfaatkan daripada hubungan antara alam dan manusia," katanya.

PEMBINAAN infrastruktur itu membantu perkembangan pemeliharaan paya bakau di muara Sungai Klang. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
PEMBINAAN infrastruktur itu membantu perkembangan pemeliharaan paya bakau di muara Sungai Klang. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

Tambah Dr Shureen, kalau dilihat rekaan termasuk pembinaan struktur dan fasiliti, beberapa aspek diperincikan berikutan hasil kajian beberapa lokasi popular tarikan paya bakau yang ada baik dalam mahupun luar negara.

"Mengenai perincian yang berbeza dengan mana-mana pusat kajian atau pelancongan membabitkan paya bakau, aspek yakni penggunaan material bagi struktur diteliti terutama di laluan pejalan kaki menghubungkan semua titik semak ('checkpoint' yang ada. Saya mahu ia bersifat tahan lasak dan mesra komuniti berdasarkan kumpulan sasaran yang akan menggunakan fasiliti di sini.

"Wujudkan suasana terapeutik apabila laluan pejalan dibina ada interaksi dengan hutan selain segenap ruang dioptimum apabila setiap 200 meter memiliki tempat rehat dan santai," katanya.

PENCINTA mergastua boleh meninjau dari dek dibina khusus untuk aktiviti berkenaan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
PENCINTA mergastua boleh meninjau dari dek dibina khusus untuk aktiviti berkenaan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

Pada awalnya pihaknya menimbang untuk penggunaan spesies bunga-bungaan dari hutan berlainan untuk suntikan elemen kemeriahan di kawasan tumpuan di pusat maklumat, akhirnya hanya memilih spesies paya bakau sahaja kekal di kawasan itu bagi mengekalkan biodiversiti asalnya.

Dalam pada itu terdapat seksyen tertentu diperkenalkan dalam menggalakkan interaksi komuniti dengan Mangrove Point apabila ada pembinaan dek berkelah, pelantar memancing dan menara meninjau burung di lokasi sama.

Sementara itu wakil dari Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Seema Surinder berkata, selain laluan darat, pengunjung pusat ekopelancongan itu boleh menyusuri teksi air dari jeti Pangkalan Batu Urban Park.

TEKSI air dari Pangkalan Batu Urban Park. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
TEKSI air dari Pangkalan Batu Urban Park. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

"Menariknya pengunjung yang datang bersama keluarga terutama anak kecil akan mengalami pengalaman menarik dengan memilih laluan air sejauh 15 kilometer untuk sampai ke Mangrove Point selain memandu.

"Fokus LLSB yang turut berkolaborasi dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berharap pusat pelancongan ini dapat memberi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar terutama kebersihan sungai yang menjadi titik permulaan projek SMG ini," katanya.

KETIKA proses kajian sebelum pembinaan dilakukan arboris dan renjer hutan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway
KETIKA proses kajian sebelum pembinaan dilakukan arboris dan renjer hutan. FOTO Ihsan Selangor Maritime Gateway

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 7:00 AM