ANTARA jenis orkid yang boleh dilihat di Orchid Valley.
ANTARA jenis orkid yang boleh dilihat di Orchid Valley.

Berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa sing­gah di Orchid Valley, salah satu lokasi cantik di negeri itu yang mesti dilawati.

Terletak di kaki Gunung Pulai, ladang orkid ini adalah yang terbesar di dunia dan menanam lebih daripada 80 spesies orkid tropika di dalam kawasan seluas 40 hektar.

Bagi peminat bunga jenis ini, anda pastinya teruja melihat bentuk dan warna bunga orkid yang terdapat di situ terutama spesies eksotik, liar dan jarang dijumpai.

Di Orchid Valley ini terdapat ladang orkid, koridor pendidikan, pusat pelancongan, makmal penyelidikan, restoran dan taman permainan kanak-kanak.

Terdapat juga air terjun dan tasik yang sangat menarik. Pengunjung boleh menaiki trem di sekitar kawasan dan melihat pemandangan indah dengan selesa.

Jadi, bagi anda peminat orkid, mengunjungi Orchid Valley pasti membuatkan anda teruja dan gembira dengan kepelbagaian spesies orkid dengan warnanya yang cantik.

Ingin membawa pulang bunga orkid yang cantik itu, anda boleh membelinya di kedai jualan yang disediakan di dalam ladang dengan harga berpatutan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 2:27 PM