DUNIA kerjaya kini memerlukan kepantasan mengadaptasi ilmu dan persekitaran yang pantas berubah.
DUNIA kerjaya kini memerlukan kepantasan mengadaptasi ilmu dan persekitaran yang pantas berubah.
Prof Dr Azizul Halim Yahya

KURSUS micro-credential adalah kursus jangka pendek yang membolehkan individu untuk mempelajari kemahiran khusus yang berkaitan dengan ilmu baharu, bidang pekerjaan atau industri tertentu. Kursus itu biasanya disediakan oleh institusi pengajian tinggi atau organisasi profesional dan biasanya memerlukan masa yang lebih singkat dan kos lebih rendah berbanding program pengajian tradisional yang lebih lama.

Antara kelebihan kursus micro-credential adalah fleksibiliti yang ditawarkan. Ia membolehkan individu mempelajari kemahiran baharu dan meningkatkan kebolehan mereka dalam masa yang singkat, sambil menjalankan tugas harian mereka.

Oleh itu, kursus itu sangat sesuai buat mereka yang sibuk dengan pekerjaan atau tanggungjawab keluarga. Selain itu, kursus itu juga biasanya memfokuskan pada kemahiran khusus yang berkaitan dengan industri tertentu. Ini bermakna individu dapat mempelajari kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan mereka atau industri yang ingin mereka ceburi. Ia memberi mereka kelebihan dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan prospek mereka dalam kerjaya.

Ia selari dengan aspirasi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang sentiasa melakar pemikiran jauhnya melalui Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia yang diterbitkan pada 2008 yang ingin mentransformasikan Sektor Pendidikan Negara dan penekanan diberikan kepada sistem penyampaian pendidikan yang mengintegrasikan tekonologi, komunikasi dan maklumat (ICT), khususnya di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Ia juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015 hingga 2025 yang memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menyokong inisiatif ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) dipertanggungjawabkan dalam pembangunan dan penawaran bahan pengajaran digital iaitu kursus dalam bentuk micro-credential.

Malah, kursus micro-credential di UiTM menawarkan fleksibiliti yang tinggi bagi pelajar yang membolehkan mereka mempelajari kemahiran baharu secara dalam talian dan meningkatkan kebolehan mereka dalam tempoh singkat, sambil menjalankan tugas harian mereka. Selain itu, kursus micro-credential di UiTM juga memberi tumpuan kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan industri tertentu, yang memberi pelajar kelebihan dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan prospek mereka dalam kerjaya.

Malah, UiTM melalui sistem pengiktirafan kredit oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang akan melancarkan APEL M kelak akan membolehkan pelajar mengumpulkan kredit daripada kursus micro-credential dan kemudian memindahkannya ke dalam program pengajian yang ingin diikuti sama ada di peringkat diploma, ijazah atau sarjana. Ini memberi pelajar bergraduat lebih awal dan membolehkan mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya mereka.

Selain itu, UiTM juga bekerjasama dengan pelbagai organisasi industri untuk memastikan bahawa kursus micro-credential yang ditawarkan memenuhi keperluan industri dan memberi manfaat kepada pelajar. Ini memastikan bahawa pelajar yang mengambil kursus micro-credential di UiTM mendapat manfaat yang maksimum daripada program berkenaan dan mempunyai prospek kerjaya yang lebih cerah.

Secara keseluruhan, kursus micro-credential di UiTM menawarkan peluang yang unik bagi pelajar untuk mempelajari kemahiran khusus yang berkaitan dengan pekerjaan atau industri tertentu dalam masa yang singkat dan meningkatkan prospek kerjaya mereka. Kursus Micro-Credential di UiTM boleh di akses di laman sesawang https://ufuture.uitm.edu.my/home/.

Penulis Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 5:59 AM