Gambar kiri: Azri (berdiri tengah) dan Noora Kay (duduk kanan) bersama dua anaknya dan anak lelaki kepada wanita itu. Gambar kanan: Ellie Suriaty.
Gambar kiri: Azri (berdiri tengah) dan Noora Kay (duduk kanan) bersama dua anaknya dan anak lelaki kepada wanita itu. Gambar kanan: Ellie Suriaty.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Perancangan ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Noora Kay untuk berkahwin dengan pelakon Azri Iskandar tidak kesampaian apabila hubungan percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Noora Kay, 48, menerusi portal hiburan Sensasi TV mengesahkan mereka sudah putus cinta selain menyifatkan tiada jodoh untuk mereka melangkah ke jenjang pelamin.

"Saya serahkan jodoh kepada ketentuan Allah SWT dan saya tak boleh nak kupas lebih mendalam. Apa yang saya boleh cakap, sekarang saya seorang (single).

"Ya saya dah putus dengan Azri. Boleh dikatakan saya sekarang tak mengharapkan apa-apa dan saya lebih selesa hidup single bersama anak.

"Saya yang lebih mengetahui kondisi dan situasi saya bersama dia. Saya rasa saya perlukan satu keputusan yang baik untuk semua. Keputusan yang saya buat untuk hidup sendiri tiada hubungan dengan sesiapa," katanya selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.

Terdahulu Azri, 56, dilaporkan menemui calon isteri baharu yang tepat dikenali Datuk Noora Kay, seorang usahawan berstatus ibu tunggal yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Difahamkan Noora Kay seorang ahli perniagaan di negara ini dan Brunei. Hubungan pasangan itu turut disenangi oleh bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty yang membuat keputusan untuk membantu menguruskan perkahwinan Azri dengan Noora Kay.

April lalu, Ellie bertemu empat mata dengan Noora Kay dan kedua-dua mereka mengadakan perbincangan secara matang dari hati ke hati memandangkan perkahwinan ini juga membabitkan anak-anak.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Azri setakat ini belum berjaya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2024 @ 3:31 PM