PUTERI Sarah (kanan) bersama Bella.
PUTERI Sarah (kanan) bersama Bella.
Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, meluahkan perasaan bengang apabila dirinya dan pelakon Bella Astillah (Bella) digelar 'geng secondhand' oleh netizen di media sosial.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia menerima banyak komen berbaur negatif dan hinaan di Instagram (IG) terutamanya dari lelaki.

"Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu," tulisnya.

Pada masa sama, Puteri Sarah berkata, individu yang juga pemilik akaun @smafiq yang menghinanya dan Bella di IG itu sudah menyekatnya di media sosial.

Katanya, dia menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai pengecut kerana hanya berani meninggalkan komen penghinaan itu di media sosial.

"Ehh? Pengecut rupanya 'block' (sekat) kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.

"Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba 'profile' semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar," tulisnya.

Sementara itu, perkongsian Puteri Sarah turut mendapat perhatian dari pengikutnya di IG.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengikutnya yang memberi cadangan supaya Puteri Sarah melaporkan akaun terbabit kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan undang-undang.

Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik video trend lagu Alamak Raya bersama Bella dan Didi Astillah di IG miliknya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk komen daripada netizen (lelaki) yang mendakwa Puteri Sarah dan Bella adalah geng 'secondhand' kerana sudah bercerai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 2:25 PM