FAKTOR hidung V popular adalah kerana bentuknya kelihatan lebih semula jadi.
FAKTOR hidung V popular adalah kerana bentuknya kelihatan lebih semula jadi.
Geogie Joseph

Annyeonghaseyo!

Kebelakangan ini, semakin ramai lelaki memilih pembedahan plastik bagi menaikkan lagi seri penampilan.

Antara paling popular sekarang adalah 'rhinoplasty'.

Pakar pembedahan plastik veteran, Dr Lee Byung-hoe yang berpengalaman lebih 20 tahun mendedahkan, pembedahan hidung menjadi trend dalam kalangan lelaki tahun ini.

Menerusi sebuah video, pakar khusus dalam 'rhinoplasty' terbabit berkongsi hidung selebriti sentiasa menjadi rujukan rata-rata pelanggannya.

Anggota BTS, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung adalah antara empat selebriti paling teratas menjadi rujukan. Terkini, fotonya adalah yang paling popular dan kerap dibawa pelanggan sebagai rujukan doktor.

Menurut Dr Lee, antara faktor hidung V popular adalah kerana bentuknya kelihatan lebih semula jadi. Selain itu, wajah nampak jauh lebih maskulin dengan bentuk hidung sedemikian.

"Walaupun jalur hidung V agak tinggi dan lurus, tapi kalau lihat dari depan akan nampak ada tebal sedikit. Hujungnya nampak agak membulat berbanding terlalu tajam.

"Jadi, hidungnya kelihatan agak lembut. Tapi, pada masa sama zon T begitu jelas dan ketara menjadikan penampilannya jauh lebih maskulin," katanya.

Bukan perkara asing sekiranya ramai lelaki mahukan hidung atau penampilan seperti V. Kesempurnaan wajah tampannya sentiasa menjadi pujaan sejak dulu.

Hakikatnya dia adalah antara artis muda yang memiliki visual paling mudah diingati dan unik. Secara keseluruhannya, bahagian wajahnya cukup simetri menjadikan parasnya sangat sempurna.

Kalau ikutkan, wajahnya juga seperti ada pertembungan antara elemen Asia dan barat. Walaupun bukan kacukan sekali pun, wajahnya begitu sesuai sebagai wajah global.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 6:47 AM