Meerqeen
Meerqeen
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon, Meerqeen penat memberikan jawapan sama mengenai cinta setiap kali digosipkan rapat dengan mana-mana wanita.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata, itu tidak menghalangnya untuk terus berkawan dengan sesiapa tetapi hanya akan memberi jawapan sama saja.

"Saya penat sampai saya tak mahu nak jelaskan apa-apa pun. Saya rasa orang 'kenen'kan saya dengan semua orang.

"Dulu ya saya rimas, sekarang saya sudah biasa. Saya okay saja dengan semua itu sebab memang selalu ada saja kisah bila saya rapat dengan sesiapa.

"Saya juga tidak risau orang bertanya sebab ramai saja kawan-kawan sekolah saya yang tanya betul atau tidak. Jadi saya jelaskan, tiada apa-apa. Kalau saya dengan sesiapa, saya akan kongsikan dengan mereka tapi tiada apa-apa pun nak dikongsi," katanya.

Meerqeen sebelum ini pernah digosipkan dengan pelakon, Anna Jobling. Malah, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu juga pernah dikaitkan dengan pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.

Kemudiannya nama pelakon yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Hero Remaja itu digosipkan pula bercinta dengan pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan.

Menurut Meerqeen, mereka mula rapat sejak berkawan ketika bersekolah lagi.

"Saya dan Ameera berkawan sejak 2018 di mana dia ketika itu di Tingkatan Lima. Kami memang kawan, tidak lebih dari itu.

"Dia seorang yang baik dan penyayang serta kawan yang mengambil berat. Keluarga saya juga okay saya nak berkawan dengan sesiapa pun, asalkan dia menjaga hubungan baik dengan keluarga saya, semuanya okay," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 1:31 PM