Los Angeles: Filem The Marvels terbitan Disney mencatat kutipan terendah sejak ditayangkan dan sekadar meraih RM748 juta selepas 10 hari di pawagam.
Kutipan terbabit gagal mengulangi kejayaan sekuel Marvel Cinematic Universe (MCU) terdahulu contohnya Avengers: Endgame yang meraih RM744 juta pada hari pertama tayangannya.
Bahkan, Captain Marvel pun berjaya mengutip RM711 juta pada minggu pertama tayangan dan secara keseluruhan mengaut keuntungan RM5.1 bilion seluruh dunia.
Dengan kutipan agak perlahan itu, The Marvels kemungkinan akan menjadi sekuel paling rendah kutipannya dalam sejarah MCU.
Meskipun terajunya Brie Larson dan Iman Vellani turut mempromosikan filem berkenaan beberapa hari sebelum masuk pawagam, nampaknya tidak cukup membantu.
Filem itu disaingi rapat filem seram Thanksgiving arahan Eli Roth.
Filem Endgame masih kekal yang tertinggi kutipannya iaitu RM13 bilion terbitan Disney.
Produksi The Marvels dilaporkan agak mahal juga iaitu sekitar RM1.1 bilion. Diarahkan Nia DaCosta, filem terbabit cuma meraih skor 62 peratus daripada Rotten Tomatoes.