LAGU baharu Serra berjudul Bila Kau Ada berkisar kasih sayang, kesetiaan, kepercayaan dalam berkawan.
LAGU baharu Serra berjudul Bila Kau Ada berkisar kasih sayang, kesetiaan, kepercayaan dalam berkawan.
Ridzuan Abdul Rahman


Penyanyi dan pelakon berbakat, Serra Kamal kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Bila Kau Ada. Lagu berentak moden ini akan menjadi lagu runut bunyi OST bagi drama Alice Kampung Baru di TV3.

Minat pada bidang seni yang amat mendalam dan mula menceburkan diri sejak berusia lima tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia menyerlahkan bakatnya.

Kebolehan Serra dalam bidang nyanyian kemudian digilap oleh Hazama selaku mentor menerusi program realiti nyanyian iaitu Mentor Milenia pada 2017.

Serra turut menjadi peserta dalam program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada 2021 berpasangan dengan Ahmad Syafiq.

Serra bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malah dia juga aktif berlakon drama, filem dan teater.

Lagu Bila Kau Ada mengisahkan mengenai nilai persahabatan, kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan dalam persahabatan.

Menurut Serra, dia gembira dapat menyampaikan lagu yang disifatkan cukup membawa makna besar buatnya.

SERRA pertaruh lagu berentak moden.
SERRA pertaruh lagu berentak moden.

"Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu Bila Kau Ada dan melodinya sangat sesuai dengan jiwa saya. Liriknya nampak ringkas, tetapi membawa seribu makna.

"Shazee Ishak dan Audi Mok selaku komposer dan penulis lirik begitu komited menjayakan rakaman lagu ini dan kami mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan rakaman.

"Saya berpuas hati dengan lagu ini kerana rentaknya lebih 'fresh' dan berbeza dengan lagu lain. Saya berharap lagu ini mendapat tempat di hati pendengar dan semoga lagu ini menceriakan hati semua pendengar." katanya.

Serra turut membintangi drama bersiri sebanyak 20 episod Alice Kampung Baru yang turut ditayangkan di platform Tonton.

Selain Serra drama berkisarkan mengenai persahabatan, masalah remaja dan konflik keluarga ini dibarisi pelakon seperti Amelia Christie, Sharifah Rose, Aniq Durar, Alif Muhaimin dan Muntazar Ghufran.

Jangan lepaskan peluang muat turun lagu Bila Kau Ada di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer.

LAGU Bila Kau Ada jadi lagu runut bagi drama Alice Kampung Baru.
LAGU Bila Kau Ada jadi lagu runut bagi drama Alice Kampung Baru.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 6:31 AM