Fizi Ali berkahwin dengan pasangannya dikenali Tiz.
Fizi Ali berkahwin dengan pasangannya dikenali Tiz.

Kuala Lumpur: Penyampai radio Fizi Ali selamat bernikah dengan usahawan yang dikenali sebagai Tiz di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34, memanjatkan kesyukuran terutama buat semua yang mendoakan dia kembali bertemu kebahagiaan berumah tangga.

"Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami. Semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian," katanya.

Pada Februari lalu, Fizi ada berkongsi dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan Tiz.

Dia bersyukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang.

Menurutnya hubungannya dengan usahawan berkenaan menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.

Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 4:26 PM