Bella bersama pelakon baharu, Muaz Zabir dalam sebuah projek drama.
Bella bersama pelakon baharu, Muaz Zabir dalam sebuah projek drama.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Bella Astillah sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga batas ketika bergandingan dengan pelakon lelaki supaya tidak melukakan hati suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz.

Bella berkata, segala gambar yang dimuat naik bersama pelakon lelaki di media sosial adalah tuntutan kerja semata-mata.

"Gambar yang saya kongsi semuanya diambil ketika sedang bekerja. Kalau ada gambar kasut sama ke, itu kebetulan sahaja.

"Ya, Aliff ada tanya, memang saya berlakon dengan pelakon muda sahaja? Jadi, saya jawab untuk penggambaran semata-mata," katanya.

Menyedari dirinya berstatus isteri orang Bella meminta setiap pelakon gandingan terutama pelakon muda untuk memanggilnya Kak Bella.

"Kalau nak tahu, saya minta mereka (pelakon-pelakon lelaki muda) panggil saya dengan gelaran Kak Bella. Mula-mula mereka tak biasa, tapi disebabkan saya minta, jadi mereka dah biasa panggil saya dengan pangkat kakak.

"Lagipun saya sedar diri. Umur saya sudah 29 tahun, dan sekarang banyak pelakon muda. Saya okey sahaja orang panggil kakak, saya tiada masalah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 2:41 PM