PUTERI Sarah dan anaknya,
PUTERI Sarah dan anaknya,
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga ibu tunggal dua anak, Puteri Sarah Liyana mengingatkan golongan wanita untuk sentiasa membuat pelaburan barangan kemas sebagai simpanan masa depan sekiranya berlaku kejadian tidak dijangka.

Sarah berkata, dia bersyukur memiliki kesedaran itu sejak mula menyertai dunia lakonan dan kini mempunyai aset dalam bentuk emas.

"Saya memang peminat barangan kemas sejak dari dulu lagi dan gemar dengan reka bentuk yang moden kerana sesuai dengan jiwa saya.

"Emas ini adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Nilainya sentiasa naik dan saya kumpul untuk persiapan jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya saya ada aset dan apa yang saya miliki ini untuk diberikan kepada anak-anak saya nanti," katanya.

Sarah ditemui media selepas membuat penampilan istimewa bersama anaknya, Sumayyah pada majlis pelancaran barangan kemas ekslusif buatan tempatan milik Trishya & Co di ibu kota baru-baru ini.

Menurut Puteri Sarah, dia berharap kaum wanita terutama yang bekerja untuk mula membeli dan menyimpan emas.

"Beli sikit-sikit dulu pun tidak mengapa. Ikut kemampuan, sekurang-kurangnya kita tahu emas ini boleh digunakan di kemudian hari.

"Saya pun tak sangka sudah ada beberapa koleksi barangan kemas dalam simpanan. Sekarang ini saya nak beli untuk Sumayyah pula," katanya.

Dalam pada itu, pengasas Trishaya & Co Datin, Dr Raskidah Ali meluahkan rasa teruja apabila dapat menggabungkan Puteri Sarah dan Sumayyah untuk berkongsi rangkaian produk barangan kemas miliknya buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 2:33 PM