Tom
Tom

Kuala Lumpur: "Merajuk." Demikian tulis penyanyi, Tom di Instagram Storynya selepas perkongsiannya mengenai pengalaman disorok bunian yang tular di media baru-baru ini, dikecam netizen.

Dalam hantarannya di Instagram Story, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkongsi rasa kesal apabila kisah pengalamannya itu membuatkan dirinya dilabel sebagai penghidu gam.

"Menyesal aku kongsi cerita lama. Habis segala wartawan, blogger, buat cerita tajuk tak jelas. Hujung-hujung, aku kena kutuk dengan netizen.

"Masing-masing baca tajuk, ingat aku hilang baru-baru ini, acah kena sorok bunian. 'Free' orang cakap aku hisap gam. Sumpah menyesal kongsi cerita. Selepas ini, tak nak cakap apa-apa dah. Merajuk," tulisnya.

Terdahulu, tular berita mengenai Tom yang juga isteri kepada penyanyi Fuad Rahman pernah disorok bunian selepas penyanyi Rock itu berkongsi kisah itu di Instagram Storynya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 5:50 PM