AJAK netizen positif, tidak menghukum isteri artis andai berlaku kekhilafan hingga jejas kerjaya seni pasangan. - FOTO Hazreen Mohamad
AJAK netizen positif, tidak menghukum isteri artis andai berlaku kekhilafan hingga jejas kerjaya seni pasangan. - FOTO Hazreen Mohamad
Zaara Talita


PENYANYI, Tajul Arif menyarankan kepada netizen untuk tidak menghakimi individu yang melakukan kesalahan tidak kira sama ada orang biasa atau pun selebriti.

Berkahwin pada usia muda, Tajul tidak menafikan tindakan isteri memberikan tempias terhadap kerjaya seseorang artis.

"Tiada manusia yang sempurna tapi biasalah, kita belajar dari kesilapan. Kalau rasa benda itu salah, kita belajar. Jangan menghakimi orang sesuka hati . Kekal positif dan jangan terlalu negatif.

"Apa yang boleh saya katakan, kita jaga tepi kain kita sendiri sajalah. Apa yang terjadi pada artis-artis yang lain itu, kita ambil sebagai pengajaran.

"Jangan kita tuduh melulu, kalau kita tidak tahu cerita, jangan cakap itu salah, ini salah. Buat dosa kering orang kata," katanya.

Terdahulu, tindakan isteri penyanyi, Haqiem Rusli menanggalkan tudung menjadi buah mulut ramai, malah penampilan isteri Aiman Tino juga turut menjadi topik hangat di media sosial.

Tidak mudah melatah dengan kontroversi atau gosip yang timbul, Tajul berpendapat status sebagai bapa kepada dua cahaya mata turut menjadikannya lebih matang.

"Jadi daripada buat dosa, lebih baik tak payah cakap. Diam lebih baik. Sebab karakter saya memang begini, nak kata nak melenting ke melantun ke memang tidaklah.

"Kalau separuh orang memang mungkin adalah begitu. Tetapi saya tidak, orang nampak kita lemah. Tak matang, jadi kita cuba untuk ubah sikit-sikit secara perlahan-lahan. Kita anak pun dah dua, jadi nanti anak kita sudah besar, tak seronok pula jika kita mudah melenting," katanya.

Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 6:42 AM