Jisoo
Jisoo
BERNAMA

Seoul : Album solo anggota kumpulan BLACKPINK, Jisoo berjudul ME dilapor mencatat jualan tertinggi dalam kalangan penyanyi solo wanita K-pop pada minggu pertama dilancarkan, lapor Yonhap.

Sebanyak 1.17 juta salinan berjaya dijual sejak dilancarkan pada Jumaat lalu, menurut agensi YG Entertainment, memetik data daripada penjejak pasaran muzik tempatan Hanteo Chart.

Lagu utama album itu, Flower muncul di Carta Lagu iTunes Seluruh Dunia dan tersenarai dalam carta lagu top di lebih 60 negara, serta di tangga keenam Global Spotify.

Jisoo ialah ahli keempat dan terakhir debut sebagai penyanyi solo.

Tiga ahli lain telah membuat penampilan sulung mereka sebagai penyanyi solo – Jennie dengan Solo pada 2018, dan Rose dengan album R manakala Lisa menerusi album Lalisa pada 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 4:56 PM