Syafiq Kyle
Syafiq Kyle
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Syafiq Kyle yang mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Mimi Lana pada tahun ini selain sudah menghantar rombongan merisik pada 21 Januari lalu mengaku dirinya tidak terlepas berdepan cabaran mendekati hari perkahwinan.

Syafiq ketika ditemui bagaimanapun memohon orang ramai untuk sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.

"Kita selalu dengar dugaan bertunang dan saya tak nafikan perkara itu pasti ada. Kalau boleh kita elakkan dan doakan yang baik-baik.

"Kepada orang luar janganlah asyik tanya dugaan sebelum menuju hari perkahwinan saja, sebaliknya doakan agar perhubungan kami kekal bahagia," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syafiq, sekiranya dirinya diuji dengan dugaan hebat dalam perhubungan tidak mungkin dia akan berkongsi kepada umum.

"Kalau ada dugaan tak mungkin saya akan kongsikan kepada orang luar. Semuanya bergantung kepada diri individu untuk menerima dugaan yang dihadapi.

"Cuma setiap dugaan atau masalah yang berlaku mesti ada jalan penyelesaian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2023 @ 3:21 PM