Wan Sharmila
Wan Sharmila
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Wan Sharmila menghadiri majlis ilmu baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Bagaimanapun ada juga terselit komen netizen yang 'tag' nama pelawak Shuib Sepahtu dengan mengatakan aktres itu layak untuk dijadikan bakal isteri.

"@Shuib Sepahtu, wanita yang solehah seperti ini layak dijadikan bakal isteri." komen pengguna media sosial itu.

Sekitar tahun lalu, keakraban pelakon wanita itu dengan ibu kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Salamiah Jalani ketika majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, 'biar gambar berbicara' yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Tampil menjelaskan segala kekeliruan yang berlaku pada ketika itu, Salamiah berkata, kehadiran Lala pada majlis itu hanyalah memenuhi jemputannya sebagai tetamu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Lala melahirkan rasa syukur kerana dijemput untuk menghadiri majlis ilmu berkenaan.

"Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekali gus saya jadi ada ramai kawan bila di dalam majlis ilmu.

"Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah," tulisnya.

Boleh katakan ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata pujian netizen yang mengatakan imej aktres itu terlihat manis dan sejuk mata memandang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2023 @ 3:31 PM