NABIL Aqil dan Yuna Rahim sebagai teraju utama.
NABIL Aqil dan Yuna Rahim sebagai teraju utama.
Ridzuan Abdul Rahman


PERTEMUAN pertama Nisa dan Fariz yang bertopengkan badut di sebuah pusat beli-belah membawa kepada pertemuan yang lain.

Oleh kerana satu insiden juga hidup Nisa dan Fariz terpalit dengan bibit cinta yang rumit. Mampukah wajah di sebalik seragam badut itu mencuri hatinya? Saksikan drama terbaharu I Love You, Mr Clown yang penuh bibit romantik dan lucu di slot Lestary TV3.

I Love You, Mr Clown adalah hasil terbitan Arie Zahari Production dan diarahkan Amie Maziah berdasarkan hasil nukilan skrip Jue Kassim dan Ramlah Rashid.

Drama bersiri 13 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Eizlan Yusof, Farisha Irwayu, Natasha Elyzza dan Alif Hadi.

Fariz lakonan Nabil Aqil bekerja sambilan sebagai badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat beli-belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser.

Nisa (Yuna Rahim) pula gadis yang menamatkan pengajian selama enam bulan dan mula resah apabila semua temu duga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat.

DRAMA bersiri 13 episod ini boleh ditonton menerusi slot Lestary TV3.
DRAMA bersiri 13 episod ini boleh ditonton menerusi slot Lestary TV3.

Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya, tetapi masih tidak berjaya.

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat beli-belah.

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepada bapanya menerusi Nisa.

Walau pelbagai insiden berlaku, ada seorang badut yang sering ada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang itu?

Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan teruskan hidupnya seperti biasa?

Drama I Love You, Mr Clown disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 6:30 AM