Paparan dikongsikan Khazrul.
Paparan dikongsikan Khazrul.

Kuala Lumpur: Tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie Lavocah, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya menjawab teka teki mengenai pergolakan yang berlaku dalam hubungan cinta mereka.

Menerusi hantaran di TikTok Story, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Zarina dan berharap akan terus bersahabat.

"Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

"Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik," tulisnya.

Dalam hantaran yang turut disertakan dengan gambar-gambar kenangan ketika bersama, Khazrul turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Zarina.

"Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama," tulisnya.

Zarina bagaimanapun tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan perkara ini di Instagramnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 1:06 PM