Bella Astillah dan Wanie Kayrie tempat ketiga pada pentas akhir Famili Duo musim kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Bella Astillah dan Wanie Kayrie tempat ketiga pada pentas akhir Famili Duo musim kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Syafil Syazwan Jefri

 

Shah Alam: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ingin menutup bicara mengenai kontroversi yang terpalit kepada namanya, suaminya, Aliff Aziz dan pelakon, Sophia Albarakbah. 

Bella yang sebelum ini memuat naik perbualan mesej antaranya dengan Sophia ke Instagram dan memadamnya berkata, cukuplah dengan kenyataan daripada Aliff.

"Saya rasa, orang pun ramai dah lihat hantaran itu. Jadi, saya rasa cukuplah. Aliff pun dah berikan kenyataan sebelum ini. Jadi, saya tak mahu berbicara perihal itu lagi," katanya. 

Kini, tumpuan Bella adalah kepada muzik dan nyanyian selepas dia dan pasangan duo, Wani Kayrie diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Famili Duo, yang melabuhkan tirainya, semalam. 

"Saya nak raikan apa yang saya dan Wani dapat pada malam ini. Sekarang, tumpuan saya adalah kepada nyanyian. 

"Famili Duo banyak memberi saya pengalaman baharu sekaligus mencungkil kemampuan saya," katanya. 

Bella dan Wani berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 selepas tampil membuat persembahan menerusi lagu Gila nyanyian asal Kaka Azraff, LOCA B, dan Noki serta lagu lagu kedua, Let It Go (Idina Menzel). 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 12:24 PM