Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin (tengah) bersama penyampai serta krew meraikan Ulang Tahun ke-15 Suria FM di kapal persiaran mewah Genting Dream,Terminal Cruise Pelabuhan Klang (PKCT), Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO FAIZ ANUAR
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin (tengah) bersama penyampai serta krew meraikan Ulang Tahun ke-15 Suria FM di kapal persiaran mewah Genting Dream,Terminal Cruise Pelabuhan Klang (PKCT), Pulau Indah, Pelabuhan Klang. FOTO FAIZ ANUAR
Syafil Syazwan Jefri

Klang: Stesen radio Suria FM bakal mencipta sejarah dengan bersiaran dari atas kapal persiaran Genting Dream selama empat hari bermula 9 Disember ini begi meraikan ulang tahun ke-15 stesen itu. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, kolaborasi bersama Resorts World Cruises itu juga menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka. 

"Memang kami ada perancangan untuk memecahkan rekod di Malaysia. Pertembungan antara Suria dengan Resorts World Cruises ini umpama satu rezeki dan jodoh. 

"Alhamdulillah, kolaborasi ini adalah tanda pencapaian, rezeki dan tuah buat kami. Terima kasih kepada semua yang memudahkan segala urusan," katanya. 

Tambah DJ Lin lagi, tiga penyampai yang akan bertugas adalah Shuib, Ajak dan Suraya yang mengendalikan segmen Morning Morning Suria. 

"Kami akan bawa tiga penyampai segmen Morning Morning Suria iaitu Shuib, Ajak dan Suraya dan mereka akan bersiaran dari atas kapal layar mewah itu. 

"Kami juga akan membawa beberapa staf yang bekerja di belakang tabir selain lima pendengar bertuah yang dipilih menerusi peraduan yang kami anjurkan di Suria FM," katanya. 

Terdahulu, DJ Lin ditemui pada sidang media Raikan Ulang Tahun Suria 15 di Genting Dream. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 5:27 PM