Najiy Jefri

Janda Baik: Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Uyaina yang kini menunggu hari untuk bersalin berkata, dia memohon doa orang ramai agar proses melahirkan cahaya mata sulung berjalan lancar.

"Insya-Allah saya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam waktu terdekat ini. Saya dijangka bersalin sama ada minggu depan atau dua minggu lagi. Doakan urusan bersalin saya berjalan lancar dan dikurniakan anak yang soleh," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak dan kenduri kesyukuran yang berlangsung di sini, hari ini.

Sementara itu, Syahiran berkata, mereka masih belum menetapkan nama penuh bagi putera sulungnya itu.

"Kami berdua sudah ada beberapa pilihan nama tapi belum mencapai kata putus sebab kalau boleh nak beri nama anak yang membawa maksud yang baik.

"Tapi permulaan nama anak saya akam bermula dengan nama Raja dan kemudian diikuti dengan huruf U," katanya.

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur, pada 20 Disember tahun lalu.

UYAINA dan RAJA Syahiran.
UYAINA dan RAJA Syahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2022 @ 6:28 PM