Ayu Ting Ting
Ayu Ting Ting
Agensi

Jakarta: Penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting memilih untuk tidak memberikan komen ketika diminta mengulas mengenai insiden kematian tiga pelanggan di pusat karaoke miliknya di Bengkulu.

Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina ketika ditemui media Indonesia di kediamannya di Depok enggan mengulas mengenai insiden yang didakwa berpunca daripada minuman keras dengan campuran bahan berbahaya.

Terdahulu, peguam keluarga mangsa, SA Reno Ardiansyah mengeluarkan kenyataan bahawa Ayu dilaporkan atas tuduhan lalai sehingga menyebabkan kematian.

"Kami melaporkan Ayu Rosmalina atau Ayu Ting Ting, pemilik tempat perniagaan dan juga pihak pengurusan karaoke Ayu Ting Ting Bengkulu," katanya.

Peguam itu juga menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) di tempat perniagaan milik Ayu yang menimbulkan persoalan antaranya proses keluar masuk minuman serta makanan yang menjadi punca kematian.

Selain itu, pihak pelapor juga meminta Ayu sebagai pemilik perniagaan karaoke itu diminta memberikan kenyataan dengan lebih mendalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 2:53 PM