Elisya Sandha bersama anak dan suaminya.
Elisya Sandha bersama anak dan suaminya.

Kuala Lumpur: Pelakon Elisya Sandha mengadakan majlis aqiqah buat anaknya, Bunga Elhaq yang berlangsung hari ini.

Memilih tarikh sempena Aidiladha, Elisya berkata, melahirkan puteri tercintanya itu adalah pengorbanan paling terbesar dalam hidup dia dan suami tahun ini.

"Melahirkan anda adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy.

"Pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin and susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.

"Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang," katanya.

Menurut Elisya, dia berharap apabila anaknya sudah semakin membesar dapat menjaga hati ramai orang selain menghargai pengorbanan mereka.

"Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.

"Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya," katanya.

Dalam masa sama, Elisya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh peminatnya. Elisya dan suaminya Uzair Haqimy berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 4:05 PM