Mimi Ernida menggayakan penampilan sama seperti aktres Bollywood
Mimi Ernida menggayakan penampilan sama seperti aktres Bollywood

Kuala Lumpur: Pelakon Mimi Ernida mencuri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan menyerupai aktres Bollywood, Alia Bhatt dalam filem Gangubai Kathiawadi.

Mengenakan beberapa persalinan serta melakonkan semula babak ikonik filem berkenaan, nama bintang berusia 32 tahun ini pantas menjadi buah mulut ramai termasuk rakan selebriti.

"Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt," tulis Mimi di Instagram.

Melihat di ruangan komen foto yang di muat naik di Instagram, kebanyakan mereka berpendapat Mimi saling tak tumpah seperti Alia Bhatt.

"Sama!" komen Tiz Zaqyah. "Samanya, love!" tulis Raja Ilya. "Sebijik!" kata Elisya Sandha. Dalam pada itu, beberapa video Mimi yang menjelma sebagai Alia menjadi perhatian di TikTok dan mendapat lebih 330,000 tontonan.

Untuk rekod, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar 2010.

Antara filem lakonannya adalah Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Gangubai Kathiawadi yang boleh disaksikan menerusi Netflix itu dilancarkan pada Februari lalu. Selain Alia, filem itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 1:11 PM