Aksi pemain kebangsaan, Dion Cools pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. FOTO AIZUDDIN SAAD
Aksi pemain kebangsaan, Dion Cools pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. FOTO AIZUDDIN SAAD
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di antara skuad Harimau Malaya dengan Bangladesh yang disiarkan secara langsung menerusi TV9, Selasa lalu mencatat 2.5 juta tontonan.

Nielsen TV Audience Measurement dalam satu kenyataan memaklumkan lebih 335,000 penonton menyaksikan secara strim langsung dalam definisi tinggi HD menerusi platform digital tonton.

TV9 turut mengucapkan tahniah kepada seluruh skuad Malaysia, dari barisan kejurulatihan yang diketuai Kim Pan-Gon, pemain dan penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil serta rakyat Malaysia yang mengikuti setiap perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

Dalam perlawanan itu, Malaysia menewaskan Bangladesh 4-1, sekali gus layak ke kejohanan Piala Asia 2023.

Liputan perlawanan antara Malaysia menentang Bangladesh di TV9 menampilkan Asrul Nizam Kadir selaku pengacara, Hanif Miswan selaku pengulas serta tetamu jemputan, Syed Adney Syed Hussein yang juga bekas pemain bola sepak negara.

TV9 menjanjikan perkembangan perlawanan bola sepak terkini dalam dan luar negara dari masa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 12:59 PM