Aina Abdul hadir ketika sidang media akan mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Sky 51, EQ Kuala Lumpur. FOTO Amirudin Sahib
Aina Abdul hadir ketika sidang media akan mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Sky 51, EQ Kuala Lumpur. FOTO Amirudin Sahib
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Ini 'branding' Aina Abdul. Memang akan ada eleman kejutan."

Demikian kata penyanyi terkenal Aina Abdul apabila gaya pemakaian hijab pada sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam, dikatakan mirip biarawati gereja atau 'sister'.

Aina, 29, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia hanya mahu menghargai gaya itu sebagai satu fesyen.

"Sebenarnya penampilan ini memang kita nak tampil macam ni. Saya suka fesyen walaupun nampak macam 'sister', saya hanya menghargai ia sebagai fesyen saja.

"Fesyen just untuk 'statements' sementara. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja sesuatu. Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain," katanya.

Dalam masa sama, Aina juga penyanyi lagu Sepi menegaskan gaya pemakaian atau penampilannya bukan satu ikutan."Bagi di luar sana, kalau nak 'follow', 'follow' la, jika tak, saya bukan suruh orang semua pakai tudung macam ni. Kalau nak pakai 'good for you'," katanya.

Itu bukan kali pertama penampilan Aina mendapat kritikan netizen yang mana sebelum ini pernah 'menjelma' menjadi pokok bunga dan trofi pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36), cadar dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2022 @ 3:13 PM